N Tharmendran, seorang bekas sarjan RMAF yang telah didakwa berhubung
kehilangan dua enjin jet pejuang, mendakwa dia ditahan dan diseksa oleh
pegawai perisikan tentera selama tiga minggu berhubung siasatan kes
...tersebut.
Walaupun setahun telah berlalu, tetapi
semunya masih jelas di mata Tharmendran, 42, siasatan dalaman tentera
yang telah dilaluinya, seolah-olahnya ianya baru berlaku semalam.
Tharmendran
mendakwa cara yang digemari penyiasatnya - yang didakwa diketuai
pegawai berpangkat mejar dan pembantunya, juga seorang mejar - adalah
memakaikannya dengan topi keledar dan berkali-kali memukulnya sekuat
mungkin.
"Mereka menggunakan kayu golf dan sesuatu
yang panjang seperti kayu kriket. Alasannya ialah apabila memukul topi
keledar yang saya pakai, tidak ada kesan. Anda tidak dapat temui kesan
apa-apapun, tapi ia adalah sakit dalaman, "katanya kepada Malaysiakini."Itu
yang mejar (nama dirahsiakan) kata kepada saya. (Dia kata) 'Saya boleh
memukul anda sekuat mana yang sama mahu, tapi tidak akan ada kesan
apapun. Bahkan (jika) anda pergi menemui doktor pun, dia akan kata anda
hanya sakit kepala."
Dan akibat penderaan fizikal
itu, Tharmendran berkata dia menderita sakit teruk di leher serta bahu
dan sukar menggerakkan lengan kirinya selama beberapa hari selepas soal
siasat itu berakhir.
Dia juga mendakwa berulangkali
dibogelkan hanya tinggal seluar dalamnya, disuruh berdiri di atas
ketulan ais sehingga sejam, dan diancam dengan kematian.
"Saya
diberitahu oleh mejar ini, yang dia mempunyai kawan dalam UTK (unit
tindakan khas) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan tidak sukar
baginya untuk mendapatkan beberapa orang untuk menembak dan membunuh
saya.
"Seperkara lagi, dia kata, tak seorang pun
akan percaya pada saya (jika saya melaporkan penyeksaan tersebut),
kerana dia adalah IO (pegawai penyiasat) dan ia mempunyai kuasa.
Bahkan, katanya, jika saya pergi ke hospital dan mengatakan yang saya
telah diseksa oleh orang-orang ini, dia kata tak seorang pun akan
percaya pada saya."
Tharmendan berkata, dia tidak
dibenarkan menghubungi sesiapa pun untuk memberitahu mereka di mana dia
berada selama tiga minggu tahanan.
Bapa N Nagarajah
telah membuat laporan polis bulan lalu untuk melaporkan mengenai apa
yang didakwa telah dialami oleh Tharmendran selama tiga minggu dalam
tahanan tentera.
'Hilang maruah'
Tharmendran
berkata, berat badannya merosot 20 kg selepas diseksa dan selama enam
bulan dia ditahan reman di Penjara Sungai Buloh kerana tidak mampu
membayar ikatjamin RM150,000 berhubung tuduhan terhadapnya itu.
Dia
percaya dia bukan satu-satunya yang diseksa oleh pegawai perisikan, dan
mendakwa sekurang-kurangnya 30 orang lagi turut melalui pengalaman yang
sama atas sebab-sebab yang tidak diketahuinya. Dia tidak tahu apa yang
berlaku terhadap mereka.Lihat seterusnya..

2 ulasan:
Memang betul kejam. Sepatut nya Panglima Angkatan Tentera dan semua general dalam TUDM juga kena pakai helmet dan suruh prebet ketok kepala dia orang dengan kayu golf. Jahanam punya pemimpin la ni.
Zahid Hamidi patut siasat Jeneral Azizan Ariffin, BG Mohd Noh Dagu atas salah guna kuasa dan menyiksa anggota tentera. Mereka berdua bertanggung jawab dalam penginayaan yang berlaku.
Sarjen kena seksa tetapi pegawai atasan yang bertanggung jawab keatas perkara tersebut naik pangkat.
Zahid Hamidi perlu siasat dalam keadaan kehilangan injin tersebut di diamkan sebelum meletup, kenapa Panglima Tentera Udara di tabalkan jadi Panglima Angkatan Tentera dan Orang No 3 TUDM melompat menjadi orang no 1 dan general yang bertanggung jawab dalam urusan store dan logistk juga di naikkan pangkat. Mereka semua cuai!!! bodoh punya Menteri. Poooraaah UMNO UPco. Siasat Panglima Angkatan Tentera jangan tak siasat nanti dia pergi bercuti kat Dubai jumpa menantu kot.
xkan bleh curi enjin...enjin tu bsr...xkan 0rg x cam mase wak lari...plek ngat
Catat Ulasan