Pakatan Rakyat PRU13

Pakatan Rakyat PRU13

Jumaat, 25 Jun 2010

GMJ - Menakutkan Kroni Najib? 3 julai 2010 di KL

Ketahuilah,, Bahawa lesen judi bukan hanya di keluarkan satu syarikat sahaja, dimaklumkan juga,, pemberian lesen judi telah pun dikeluarkan kepada beberapa buah syarikat lagi, yang ditarik lesennya adalah sebuah syarikat sahaja, kerana syarikat berkenaan mungkin telah digantikan dengan nama baru, maklumat yang kita dapat, setakat hari ini, 4 termasuk syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, telah diberikan lesen.

apa yang dimaklumkan oleh kerajaan BN...

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini.

p/s: mmg kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen yang baru, dan menamatkan lesen yang telah di keluarkan kepada Ascot Sports Sdn Bhd. tetapi,, kerajaan tidak menegaskan bahawa kerajaan menarik balik kesemua lesen2 judi bola yang telah dikeluarkan sebelum ini!...


dan kata najib lagi..

perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya."

Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Perdana menteri turut ditanya sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan ekoran keputusannya untuk tidak mengeluarkan lesen berkenaan.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana mengikut akta, menteri kewangan ada kuasa untuk menarik balik pada bila-bila masa.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana kesan sosial dan pertimbangan ekonomi, perdana menteri berkata ia dibuat atas pertimbangan dari segi agama dan kesan politik.

Perdana menteri mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Najib berkata, sebenarnya lesen tersebut telahpun bermula pada tahun 1989 tetapi syarikat berkenaan mengalami kerugiaan besar pada tahun 1990.

Sejak tarikh tersebut, katanya, syarikat berkenaan beberapa kali cuba untuk memperbaharui lesen itu.

Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah mengeluarkan kelulusan pada dasarnya kepada Ascot Sports dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh syarikat berkenaan.

Selain itu, tegasnya lagi, kerajaan pada masa yang sama, turut mendapatkan pandangan umum sebelum lesen tersebut dikeluarkan.

"Ini kerana memandangkan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen tersebut dari sudut agama, ekonomi dan sosial," tambahnya.

Katanya, daripada tinjaun yang dilakukan, ada pihak yang menyokong dan menentangnya dan "kita ambil kira semua pandangan ini".

"Jelas pada kerajaan bahawa sebilangan besar mereka tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports.

"Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan kepada syarikat tersebut," tegas perdana menteri.

Menurut beliau, keputusan tersebut disokong penuh oleh MT dalam perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat malam ini kerana masing-masing telah mengambil kira pandangan masyarakat.

Selain pembangkang dan NGO, pemberian lesen judi sukan tersebut turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno.

Malah, Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai ini.

Selasa, 22 Jun 2010

Ulama' Di tindas terang-terang!!

Ketika Dr Mohd Asri Zainul Abidin masih berteka-teki berhubung ura-ura penyertaannya dalam parti politik, ada pihak pula melihat tindakan bekas mufti Perlis itu untuk menyertai Umno adalah perlu bagi mendapatkan 'perlindungan' politik.

Difahamkan, selepas penahanan 12 warga asing yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi – aliran yang sentiasa dikaitkan dengan Dr Asri - di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) di Gombak Januari lalu, pilihan untuk menyertai Umno mulai dibincangkan di kalangan pengikut-pengikutnya.

Malahan, menurut sumber-sumber, serangan berterusan daripada ulama yang anti-Wahabi daripada beberapa agensi agama kerajaan menyebabkan kumpulan tersebut terdesak mengambil tindakan drastik itu.

Tambahan lagi, laporan laman Umno Online berhubung 'hasrat' Dr Asri itu yang dibuat seminggu selepas beliau tampil di muktamar PAS di Kota Bharu mengejutkan banyak pihak.

Di sudut yang lain pula, Umno dilihat amat memerlukan penyertaan golongan agama, terutamanya tokoh yang cukup popular seperti Dr Asri bagi memulihkan imej agamanya yang kini 'tercalar', antaranya berikutan kontroversi lesen judi sukan baru-baru ini.

Isu ini disemarakan lagi dengan pendedahan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada minggu lalu bahawa seramai 10 warga asing ditahan dan dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal tahun ini kerana disyaki menjalankan operasi Jemaah Islamiah (JI) -- yang dikaitkan dengan terorisme.

'Lingkaran' Dr Asri, Wahabi, JI

Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di Bukit Aman malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.

Difahamkan juga Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin didakwa memberikan penjelasan itu kepada pegawai yang hadir.

Menurut sumber, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya mufti Perlis Dr Juanda Jaya, mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan).

Bagaimanapun, difahamkan pembentangan Zamihan itu turut mengundang rasa gelisah di kalangan pegawai yang hadir.

"Kami tidak mahu perkara ini bertukar kepada usaha pemburuan (pihak tertentu)," kata sumber yang hadir dalam program penerangan tersebut.

Difahamkan pada majlis yang dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu, polis cuba menjelaskan ancaman JI terhadap Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Lagi pertemuan Umno-ulama

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan difahamkan Umno, diketuai setiausaha kerjanya Datuk Ab Rauf Yusoh sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Dr Asri petang Isnin lalu di sebuah tempat yang tidak dinamakan di Lembah Klang.

Seorang ulama yang hadir pada pertemuan itu memberitahu, pertemuan dengan Ab Rauf dengan kira-kira 20 ulama itu bertujuan membincangkan mengenai pendirian mereka untuk menyertai Umno.

Bagaimanapun, tambahnya, setakat ini ramai yang masih lagi belum membuat keputusan sama ada untuk memasuki Umno ataupun tidak.

“Dalam perbincangan itu, Dr Asri memerlukan masa bagi berfikir untuk menyertai Umno," katanya.

Sumber berkenaan bagaimanapun menafikan mereka mahu mendapatkan 'perlindungan' dengan menyertai parti Melayu itu agar tidak dikaitkan dengan JI.

"Kalau masuk Umno untuk selamatkan diri, (tetapi) orang yang langgar undang-undang, (pasti) kena juga (tindakan udang-undang)," katanya.

Menurut sumber itu, tindakan mengaitkan Wahabi dengan JI adalah isu yang lama. Justeru, beliau tidak faham kenapa ia ditimbulkan kembali.

Isnin, 21 Jun 2010

Amatlah Malang bagi ambe sebagai rakyat malaysia - Hijab

Amatlah malang bagi penduduk malaysia, yang tidak mengambil peluang yang serba indah, dan masih lagi terpelihara islam kerana islam adalah agama rasmi negara malaysia,,

Di negara-negara jiran, dan negara antarabangsa yang kebanyakannya diperintahkan oleh orang bukan islam, islam makin terbela disebalik penindasan, dan islam makin kuat, dan sentiasa makin bertambah kuat pegangan agama, makin di tindas, ia semakin kuat,,

sebaliknya bagi rakyat malaysia, mungkin kerana sudah lalai, dengan habuan dunia dengan pelbagai rasuah, dan diperintahkan oleh pemimpin yang "hubbu addunya wakarahiyyat al-maut" sayangkan dunia dan takutkan mati ( hadith)..

hijab adalah lambang agama islam, dan sebagai maruah agama islam itu sendiri. sebaliknya di malaysia, kebanyakan ummat islam malaysia kini tidak menganggap hijab itu lambang kesucian islam, sebab itu,, jarang melihat wanita yang beragama islam memakai hijab yang berlandaskan syariat,

free Hair sudah kebiasaanya dilihat dimerata malaysia yang terang-terang beragama islam, mereka ini sudah malu dan berasa janggal dengan pemakaian hijab, hijab bukan lagi menjadi pakaian islam bagi mereka, bukan setakat itu sahaja, pakaian mereka pula amat memalukan seluruh ummat islam, mereka ini menjadikan artis-artis sebagai idola dan pengikut mereka, apa yang dibawa oleh artis kesayangan mereka, itulah mereka kan ikut..

islam harus berubah,, kembalikan maruah agama kita dimalaysia! tidak rasa malukah? jika dibandingkan ummat islam di negara lain?

sebagaimana di petik dari laporan berita,,

Seorang wanita Islam tidak berpuas hati kerana disuruh membuka hijab ketika menghadiri sesi temuduga di sebuah hospital di Northern Territory, Melbourne.

Akhbar Northern Territory News melaporkan bahawa berikutan aduan wanita berkenaan, pegawai Suruhanjaya Antipenindasan Northern Territory telah menjalankan penyiasatan berhubung kes itu.

Bagaiamanapun, pemangku pesuruhjaya Lisa Coffey enggan mengesahkan sama ada pihaknya telah menerima aduan tentang perkara tersebut.

Seorang doktor dikatakan meminta wanita berkenaan membuka hijabnya ketika menghadiri temuduga bagi jawatan dalam bidang pentadbiran di Royal Darwin Hospital tetapi wanita itu enggan berbuat demikian dan membuat aduan rasmi mengenainya.

Undang-undang Australia melarang perbuatan menindas seseorang kerana agama yang dianutinya.

Sabtu, 19 Jun 2010

kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Join UMNO?

Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas.

- dr mohd asri zainul abidin.

BN dah Mula Bukak Kain sendiri...

Ahli-ahli kompenen BN dah mula rasa tak selesa dengan kepimpinan najib, dan menghantui ahli-ahli kompenen BN skrg nih, semua ahli parti BN kena ikut perintahnya tanpa ada bangkangan, jika tidak.. akan ada yang dapat mesej ancaman bunuh, dan ancaman yang seerti dengannya, C4 sudah pun menjadi amaran untuk yang menjadi musuh BN, sesiapa yang halang diktaktor ini memerintah, nahas!!!

lu bca lah sendiri artical nih,, mesti korang leh wat kesimpulan sendiri, semua dah jadi seperti cacing kepanasan!! ahaks,, BN bakal dapat kad merah dri rakyat,,

Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.

Beliau juga menggesa PPP supaya menghentikan pertikaian dalaman parti itu.

"PPP adalah parti kecil, jika dibandingkan dengan parti-parti lain di BN. Jadikan diri anda berguna. Biarkan orang dapat melihat PPP boleh berjuang untuk Barisan Nasional.

"Anda hendak nasihat saya? Saya akan berikan nasihat dan tidak akan minta bayaran. Jadikan parti terkenal dengan rakyat. Lagipun baju yang pakai memang bersilau,” kata Najib sempena AGM ke-57 parti itu.

'Kayveas ditempelak'

Dalam nada yang hampir marah, Najib merenung ke wajah Kayveas ketika berucap dan berkata selama ini beliau banyak bertolak ansur.

"Apa yang mampu, saya akan penuhi. Anda mahu jawatan timbalan menteri, saya bagi,” katanya merujuk perlantikan naib presiden PPP Maglin D'Cruz sebagai timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

Tindak

an berkenaan semasa rombakan kabinet baru-baru ini dilihat sebagai langkah mententeramkan penyokong Kayveas kerana kerusi timbalan menteri PPP masih disandang oleh T Murugiah yang 'dipecat' daripada parti itu.

Dalam ucapannya Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.

"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?

'PPP mesti tolong saya'

"Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.

"Tidak perlu

kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.

Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.

Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.

"Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... Anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita," jelas Najib.

"Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya...anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang)," katanya.

Rabu, 16 Jun 2010

Akhirnya...Lesen Judi Di haramkan Oleh UMNO? betul kAh??

Rata-rata rakyat malaysia, akan terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Bn, bahawa kerajaan malaysia berkuatkuasa serta merta pengharaman judi di malaysia, dan seterusnya mengheret Ascot Sports Sdn Bhd ke mahkamah!,

tetapi,, jangan terkejut plak, semua nie akan berlaku selepas tamatnya perlawan piala dunia itu nanti, bukan diharamkan di masa sekarang, penangguhan demi penangguhan, untuk menjawab persoalan rakyat berkaitan judi,, Ascot Sports Sdn Bhd pula mungkin akan terlepas dari pertuduhan ini, mybe kalo kena pun, sikit aja lah,, berbanding keuntungan yang di perolehi..

lagi penangguhan jawapan oleh puak2 UMNO harbi!..

cuba korang bca sendiri,, aaahh,, dah jemu semua nih...

Keputusan pemberian lesen judi oleh kerajaan pusat kepada Ascot Sports Sdn Bhd telah ditangguhkan.

Walaupun diasak oleh soalan wartawan berhubung pemberian lesen berkenaan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim enggan menyatakan bila tarikh keputusan akan dibuat.

Katanya penangguhan itu bertujuan membolehkan semua pihak menyalurkan maklum balas mereka berhubung perkara berkenaan.

Kerajaan memilih untuk membisu berhubung isu lesen judi sukan tetapi menurut laporan New Straits Times, Lim pada 7 Jun lalu berkata keputusan akan diumumkan minggu ini.

Selasa, 15 Jun 2010

"Saya bersih" - Duk dalam taik dikatakan Bersih? Kamu halalkan Rasuah!!!!

Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh.

Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi.

Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Sabtu, 12 Jun 2010

Ikuti siaran langsung muktamar.... ucapan penangguhan oleh president PAS

ikuti siaran langsung sekarang ini.. tamat jam 3.45 sebentar tadi
klik

Judi bola Bukan perkara baru - Kata Ikon bola anti-judi PAS

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

"Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an.

Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aski menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

Ajak Dr M, Pak Lah berdemo

Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir.

"Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan.

"Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.

Katanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini.

"Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya.

Isnin, 7 Jun 2010

BoikotLah betul-betul!!! Jangan Tipu Rakyat Lah,,,,,,

Nak bohong Rakyat lagi?? kalo betul nak bantah israil, nak kencam israil, biar semuanya! Kerajaan malaysia secara tidak langsung menghalalkan kekejaman israel di belakang tabir!! pengumuman dan kencaman hanya retorik semata2, mybe lah kan, sebelum buat kencaman tue, dia dah maklumkan pada Apco, yang malaysia terpaksa berbuat demikian, tetapi,, bukan bermaksud demikian,,

Ahhhh,, nie buktinya,, bacalah sendiri!!

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak ada gunanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul mengecam Israel di Dewan Rakyat semalam kerana negara secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.

Menurut Harakah Daily, Mahfuz berkata perdagangan komersil dengan Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri dahulu.

“Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan Zionis ini,” kata beliau.

Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, kerajaan dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan rejim berkenaan secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya pentadbiran Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara Israel pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia.

“Kalau tak benar, dia (Najib) kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil Israel yang berada di perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang.

“Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara Zionis itu.

“Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut,” katanya.

Ahad, 6 Jun 2010

SPRM = BPR : Kerang Busuk!! Rasuah maikin menjadik-jadik sekarang nih! Apa Langkahnya...?

wah,, kije SPRM makin rumit, banyak kes yang masih tertunggak, banyak Pulak kes yang baru timbul, masalahnya skrg, kes2 yang besar, dibiarkan macam tue aja, yang RM2 cepat2 aja selesai kesnya, mmg kalo RM2 tue, rasuah jgk, tapi,, takkan masalah yang berjuta2 tak dapat nak selesaikan, nih yang membuatkan orang ramai dah muak ngan SPRM, kalo suatu masa nanti, SPRM nih orang dah anggap kerang busuk, SPRM jugak akan lingkup!

Dulu, BPR, Skrang SPRM, Lebih kurang aja nampaknya, cuma namanya mmg jauh sgt berbeza, dari segi isinya, sama saja! dUlu pun mcm nih, skrg pun masih di takok nya sama,, mcm2 di janjikan, makin naik rasuah kat malaysia skrg nih,, bukan niat gua, nak burukkan SPRM, tapi, SPRM yang buktikan diorang mcm tue!

Kenyataan DPPP,, berkaitan rasuah,,

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih telus dalam menjalankan tugas supaya sebarang kes berkaitan rasuah dapat disiasat tanpa ada rasa prejudis.

Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, dengan itu SPRM dapat menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan dari pihak kerajaan mahupun swasta serta tidak dipertikaikan lagi integritinya oleh rakyat Malaysia.

Beliau juga amat berharap agar kerajaan melalui SPRM memandang serius serta mengambil satu tindakan yang drastik terhadap kes rasuah yang semakin menjadi barah.

Ini, katanya berdasarkan kepada laporan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bahawa seramai 418,200 atau 41 peratus penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah pada tahun lalu.

Tambahnya, ini merupakan satu angka yang amat mengejutkan, kemudiannya antara 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan atau cuba mengubah jumlah asal cuti sakit pada sijil cuti sakit.

Rata-rata umumnya, kata beliau tahu bahawa majoriti penjawat awam terdiri daripada orang berketurunan melayu yang beragama Islam.

“Di manakah silapnya sehingga mereka tergamak melakukan perbuatan rasuah? Apakah mereka tidak boleh menilai buruk baiknya rasuah itu? Bukankah rasuah satu perbuatan yang berdosa?” tanya beliau.

Ataupun, ujarnya lagi rakyat Malaysia sudah hilang rasa sensitif terhadap rasa dosa dan haram.

“DPPP mendesak agar SPRM lebih efektif dalam menangani isu ini kerana Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam sepatutnya malu dengan hasil kajian ini.

“Perlunya undang-undang baru berkaitan rasuah digubal dengan segera demi memastikan gejala ini tidak berterusan dan merosakkan serta menjahanamkan ekonomi negara,” katanya.

Katanya, kalau negara China boleh menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah rasuah, kenapa Malaysia tidak mahu melaksanakan satu undang-undang yang lebih berkesan bagi membasmi gejala tersebut.

Sabtu, 5 Jun 2010

Rachel Corrie sah dirampas puak Israel



MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.

Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.

Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.

Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.

Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena serang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.

Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.

Jumaat, 4 Jun 2010

lagi gambar2 sekitar Demonstrasi Aman for Gaza

3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang:
Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

3.32 petang:
Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO lain yang turut serta memohon untuk menyampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

3.25 petang: Sementara menunggu delegasi serah memorandum selesai, pimpinan pakatan rakyat yang lain sedang memberi ucapan di hadapan lebih 50 ribu peserta himpunan. Antara yang berucap adalah Salahuddin Ayub dan Dr. Hatta Ramli.

3.10 petang:
Polis membenarkan lima pimpinan utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Syed Husin Ali untuk masuk ke bangunan kedutaan menyampaikan memorandum kepada pihak kedutaan US.

3.00 petang:
Perarakan tiba berada di hadapan kedutaan

langsung dari Demonstrasi Aman For Gaza

3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.

Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS. Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.

Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.

"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.

Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.

"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.

Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.

Gambar-gambar sekitar Demonstrasi For Gaza



Dasar Pakatan Rakyat

Muafakat Rakyat

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

19 Disember 2009

1. Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153
  2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
  3. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
  4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
  5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
  6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan Kuasa

Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
  2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.
  3. Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
  4. Mewajibkan perlantikan jawatan- jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
  5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
  6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
  7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.
  8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
  9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
  2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
  3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
  4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
  5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
  6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi Kemahiran Tinggi

b. Ekonomi Demokratik dan Telus

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

e. Tenaga Kerja

f. Jaringan Perlindungan Sosial

g. Perumahan

h. Prasarana dan Kemudahan Awam

i. Alam Sekitar

j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau



a. Ekonomi Kemahiran Tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
  2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
  3. Menggalakkan warga negara yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik.

b. Ekonomi Demokratik dan Telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
  2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
  3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
  2. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
  3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
  4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
  2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
  3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
  4. Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
  5. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
  6. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga Kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
  2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
  3. Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
  4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
  5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
  6. Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
  7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan Perlindungan Sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
  2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
  3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:

  1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
  2. Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
  3. Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;
  4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;
  5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
  6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
  7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan Kemudahan Awam

Penyediaan dan penyelenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
  2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
  3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
  4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
  5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
  6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:

  1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
  2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
  3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
  4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
  5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kitar semula yang menyeluruh.
  2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel suria dan sel fuel hidrogen.
  3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.
  4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

a. Perpaduan dan Keadilan Sosial

b. Agama

c. Pendidikan

d. Wanita Dan Institusi Keluarga

e. Golongan Muda

f. Keselamatan

g. Kesihatan

h. Kebudayaan


a. Perpaduan dan Keadilan Sosial

Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
  2. Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  3. Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
  4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
  5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
  6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
  7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

b. Agama

Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

  1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
  2. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
  3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes- kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
  4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
  5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

c. Pendidikan

Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
  5. Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
  6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak;
  7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
  8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
  9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
  10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
  11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
  12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
  13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

d. Wanita Dan Institusi Keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.
  2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
  3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
  4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
  5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
  6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
  7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
  8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
  9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

e. Golongan Muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
  2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
  3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam
  2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
  3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
  4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
  5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
  6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
  7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

g. Kesihatan

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.
  2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
  3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
  4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

h. Kebudayaan

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

  1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
  2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
  3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

4. Hubungan Persekutuan - Negeri dan Dasar Luar Negara

a. Sistem Persekutuan

b. Sabah & Sarawak

c. Dasar Luar Negara


a. Sistem Persekutuan

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
  2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
  3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

b. Sabah & Sarawak

Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
  2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.
  3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
  4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

c. Dasar Luar Negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
  2. Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.
  3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.
  4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.