A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali
A Samad Said |
|
KejaRlah Sesuatu Itu DenGan PenUh Yakin, Agar KamU tidaK MenyesaL DikemUdian Hari
A Samad Said |
|
Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.
Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.
Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.
Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.
Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.
Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.
Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.
Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.
Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.
19 Disember 2009
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.
Pakatan Rakyat akan:
Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.
Pakatan Rakyat akan:
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.
Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.
Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.
b. Ekonomi Demokratik dan Telus
c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
f. Jaringan Perlindungan Sosial
Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.
Pakatan Rakyat akan:
Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.
Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.
Pakatan Rakyat akan:
Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.
Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.
Pakatan Rakyat akan:
Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.
Pakatan Rakyat akan:
Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.
Pakatan Rakyat akan:
Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.
Pakatan Rakyat akan:
Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:
Penyediaan dan penyelenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.
Pakatan Rakyat akan:
Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.
Pakatan Rakyat akan:
a. Perpaduan dan Keadilan Sosial
Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.
Pakatan Rakyat akan:
Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.
Pakatan Rakyat berikrar:
Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.
Pakatan Rakyat akan:
Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.
Pakatan Rakyat akan:
Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.
Pakatan Rakyat akan:
Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.
Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).
Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:
Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.
Pakatan Rakyat akan:
Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.
Pakatan Rakyat akan:
Menurut ceritanya, betapa Us Nasruddin Tantawi telah `dimalukan' oleh peserta forum sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Tehran.
Di dalam forum tersebut, ketika seorang Ahli Panel forum membuat pendedahan betapa kerajaan Israel kini telah dilengkapi dengan jet pejuang canggih tanpa `pilot' untuk memusnahkan rakyat Islam Palestine, tiba-tiba bangun seorang peserta dari Lubnan yang pernah menuntut di UIA, Kuala Lumpur menyebut betapa Malaysia mempunyai jet yang lebih canggih dari Israel.
Kata-kata peserta itu membuat dewan forum sepi seketika kerana masing-masing seperti tidak percaya betapa Malaysia boleh mengatasi kehebatan Negara Israel yang sentiasa dibantu oleh Amerika itu. Peserta dari Lubnan itu menyebut, " Jika Israel dikatakan amat hebat kerana jet nya tiada `pilot', Malaysia tentunya lebih hebat lagi kerana di Malaysia jet nya `tiada injin."
Maka, gamat seluruh dewan forum dan kata Us Nasruddin, selaku rakyat Malaysia beliau terasa amat malu seperti ingin menyorok muka di bawah meja pada ketika itu...kuah..3
Walaupun “Operation Cast Lead” Israel telah berakhir pada januari 2009, kesannya masih ada dan akan terus dirasai beberapa dekad mendatang. Doktor di Bandar Gaza melaporkan kenaikan kecacatan kelahiran yang membimbangkan di kalangan wanita yang terdedah dengan posporus putih dan beberapa lagi bahan kimia yang digunakan dalam senjata Israel.
Dalal Al-Agh, seorang wanita Gaza daripada kejiranan Al-Tofah di Bandar Gaza, melahirkan bayi yang tidak sempurna di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza City baru-baru ini. Bayi itu sukar bernafas, tangannya pendek, kaki dan hidungnya rata. Dia seberat hanya 4 kilogram dan ditahan di Unit rawatan neonatal (NICU).
Doktor yang memerhatikan ibu kepada bayi cacat itu tinggal di kejiranan Al-Tofah di Semenanjung Gaza, dimana diserang oleh Israel menggunakan bom fosforus putih pada perang yang terdahulu. Mereka me kecacatan kelahiran itu adalah kesan langsung daripada pendedahan kepada bahan kimia, yang mana kumpulan hak asasi manusia menentang penggunaanyan di kawasan awam berpenduduk padat.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah
Presiden PAS berkata, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno yang hadir dan wakil mereka ada di dalam dialog berkenaan.
“Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini.
"Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis taklimat khas Presiden PAS berhubung isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam di Anjung Rahmat, di sini, hari ini.
Sementara itu di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan tujuan muzakarah yang dicadangnya dengan pemimpin Umno hanya untuk mengetahui kenapa parti itu menolak dasar perjuangan Islam.
Menurutnya lagi, pada masa yang sama ingin mendapat penjelasan kenapa parti itu juga melawan perjuangan PAS yang ingin menegakkan Islam.
Sedangkan, tambahnya amat tidak wajar parti itu menentang perjuangan PAS memandangkan ianya diperjuangkan oleh orang Melayu yang menegakkan Islam.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Sahabat Cyber Sayang Kelantan (Sain) dan pelancaran facebook Tok Guru sempena majlis Hi-Tea Kelantan Facebookers Ghatering di Perdana Resort petang ini.
Menurutnya, Umno juga perlu menjelaskan kenapa parti itu tidak mahu bersama dengan dasar perjuangan Islam yang dibawa PAS kepada umum.
“Itu saja cadangan saya untuk bermuzakarah, tidak ada perkara lain, Umno kena jelas kenapa partinya menolak perjuangan Islam, yang lain tu biar dulu,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa syukur kerana Umno Kelantan menyambut baik saranannya itu.
Bagaimanapun, menurutnya, bukan sahaja Umno Kelantan yang harus bersetuju, yang penting sekali dalam soal ini Umno di peringkat pusat.
Tambahnya, apa yang ingin dimuzakarah ialah soal agama, bukannya teori, falsafah atau sebagainya.
Menjawab tuduhan Umno yang mendakwa cadangan muzakarah itu dibimbangi beliau tidak konsisten sebagaimana pertemuan sebelum ini yang dikatakan batal, beliau menafikan perkara itu.
“Bila tidak jadi? Siapa yang batal pertemuan? Saya nak jumpa dengan orang, tetapi orang tak mari (datang) nak jumpa macam mana,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Tegasnya, hasrat untuk mengadakan muzakarah itu setakat ini hanya melalui cadangan.
“Lepas ni kita akan teruskan dengan usaha lain pulak melalui tulis surat ke, facebook ke, pandailah kita buatnya,” ujarnya lagi.
Tambahnya, cadangan itu telahpun dikemukakan melalui surat kira-kira tiga bulan lalu untuk mengadakan pertemuan bagi mengadakan muzakarah tersebut.
Bagaimanapun, menurutnya sehingga kini belum ada jawapan berhubung perkara itu.
Beliau mempersoalkan tentang imbuhan kepada qari dan qariah di peringkat antarabangsa sebanyak RM2,000 sebulan.
“Nak bagi tu baguslah, tetapi apa tujuan pertandingan bacaan quran itu dibuat, saja untuk dilagukan atau untuk diambil manfaat hasil dari bacaan,” ujarnya.
"Isu ini (kalimah Allah) bukan menentukan agama siapa benar dan agama siapa yang salah. Ini adalah hak yang diiktiraf oleh suatu agama pada suatu agama yang lain," jelas beliau dalam Forum Kalimah Allah di sebuh hotel di sini, malam tadi.
"Ini bukan dialog teologi atau perbandingan agama, sejauh mana kadar untuk mereka (bukan Islam) dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah'."
Beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) turut mempersoal tindak-tanduk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana melarang masyarakat bukan Islam di Selangor dari menyebut nama 'Allah'.
"Jais gantung kain-kain rentang nama Allah untuk orang Islam sahaja, tetapi lagu negeri Selangor pun disebut nama Allah, takkan Jais nak tangkap orang bukan Islam yang menyanyikan lagu negeri dengan menyebut nama 'Allah'," ujarnya.
Jelasnya, pada logo polis pun terdapat kalimah Allah sedangkan logo tersebut turut dipakai oleh anggota-anggota polis yang bukan beragama Islam.
"Sepatutnya polis bersama-sama Jais tak boleh tahan masyarakat bukan Islam yang menyebut (kalimah) Allah, mereka kena tahan mereka dulu yang masuk Selangor kerana Selangor melarang orang bukan Islam (dari) menyebut 'Allah'," jelasnya.
Beliau yang juga pakar hadis mendedahkan suatu hadis sahih daripada Imam Bukhari sendiri pun merakamkan bahawa Raja Rom bernama Hercules turut diriwayatkan menyebut kalimah 'Allah'.
"Hercules bertanya dia (Abu Sufian) banyak soalan, antara yang diriwayatkan Imam Bukhari: Sebelum dia (Nabi Muhammad s.a.w) diutuskan menjadi seorang rasul, pernahkah kamu menuduh dia sebagai pembohong," jelasnya.
Menurut beliau, Abu Sufian yang ketika masih tidak memeluk Islam berkata 'tidak', lalu Hercules berkata bahawa mustahil Muhammad itu berbohong menggunakan nama 'Allah'.
"Lalu Hercules berkata: Kalau Muhammad ini kepada manusia pun tidak berbohong, maka fahamlah aku bahawa mustahil dia berbohong atas nama 'Allah'."
"Hercules sebut nama Allah (walaupun) dia Raja Rom, dia Kristian...terjemahan Abu Sufian adalah dia (Hercules) menyebut nama 'Allah' dan terjemahan itu ada di dalam Sahih Bukhari," jelasnya.
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng kemudiannya mendedahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula bergiat menghalang penerbitan akhbar mingguan The Herald terbitan Katholik bukan disebabkan akhbar itu memohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mereka.
Sebaliknya, menurut dakwaan Chua, KDN berasa tidak selesa apabila mendapati kandungan The Herald cenderung menyokong parti-parti pembangkang ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
"Sewaktu Bersih (Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil) mengadakan demontrasi besar-besaran di ibu negara, The Herald Katholik menerbitkan di muka hadapan majalah itu gambar-gambar dan tulisan-tulisan menyokong Bersih," jelasnya.
"Apabila KDN yang dimiliki oleh Umno menyedari tentang itu, Umno mendapati Kristian di negara ini banyak menyokong pembangkang khususnya PAS, di samping PKR dan DAP yang boleh menjejas Umno (dalam) PRU12, mereka mula mengharamkan The Herald."
Katanya lagi, usaha mengharamkan penerbitan The Herald bukan disebabkan faktor agama, tetapi demi menjaga kepentingan Umno.
Ekoran itu, menurut beliau, pihak Gereja Katholik terpaksa menggunakan 'jalan Mahkamah' dengan memohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald demi mencegah konspirasi Umno tersebut.
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi menjelaskan bahawa rasa bimbang yang bersarang di kalangan umat Islam disebabkan tidak rela kalimah 'Allah' digunakan secara yang salah.
Pun begitu, menurut beliau, umat Islam tidak berhak melarang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah 'Allah' itu.
"Kita tak ada hak melarang mereka (bukan Islam) nak guna kalimah Allah, tapi jika mereka guna secara salah dan inilah menjadi asas kebimbangan umat Islam dalam negara kita," jelasnya.
Bercakap di depan lebih 500 hadirin dari pelbagai agama, beliau secara peribadi melahirkan rasa bimbang sekiranya kalimah 'Allah' itu diletakkan di restoran-restoran yang menjual produk atau makan tidak halal, yang akhirnya mengelirukan umat Islam.
Disebabkan kebimbangan tersebut, beliau menggesa pihak berwajib supaya menjelaskan 'kadar’ menggunakan kalimah Allah di kalangan masyarakat Islam secara undang-undang yang praktikal.
Dalam forum tersebut, beliau turut mengulangi ketetapan PAS iaitu masyarakat bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, tetapi tidak boleh digunakan pada tempat yang salah serta bertujuan menyampaikan dakyah ke atas umat Islam sendiri.
Forum anjuran Lajnah Penerangan Pemuda PAS Pusat itu turut menampilkan ketuanya, Suhaizan Kayat selaku moderator.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan