- apa perlunya kita adakan akta itu ini, sedangkan kerajaan sendiri tak pernah nak ikut pun, buat apa kita nak ikut cakap kerajaan yang tak pernah adil dengan rakyat, tapi,, mcm mana nak adil dengan rakyat, duit rakyat pun diaorang habiskan belanja sakan kat luar negara, dah ada pemimpin beli tanah kat negara luar, dan dah ada banglo pun dah,,,
- buat apa kita ikut polis lagi, kalo polis masih tak berubah sikap! masih keras hati, masih berdegil dalam kes aminulrasyid, apa salahnya mengaku silap dan jatuhkan hukuman pada yang bersalah tuh, kita tak mau pun buat itu ini! tapi,, kalo terpaksa.. nak buat mcm mna kan? kena ikut orang ramai laH, mogok atau merusuh, itu tak tau lagi kan? tapi,, jgn pulak salahkan kita rakyat ni!
- tipu sana-sini, buat apa kita nak ikut, kita ada maruah, islam pun kita jugak, kita bermacam kaum dimalaysia, kenapa nak mintak kaum lain ikut telunjuk kita, melayu malas, kalo cina rajin kenapa kita tidak sahut untuk bersaing, bukan kerana kita malas, kita bangkit melayu unutuk jatuhkan ekonomi malaysia, sebab melayu memang pemalas! sana jus jambu, sini pun terikut jus jambu, majulah oiiii....
- bangkitlah teman.. bukan semua kaum berpuas hati dengan layanan agama melayu, islam itu sudah cukup untuk kita diperitahkannya, kita dan lain-lain kaum, tidak kisah negara islam nih, cuma mereka yang sesat dalam umno jah yang takot dengan negara islam,,,
cuba baca artical nih untuk selingan...
PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.
"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.
"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya dalam Harakahdaily.net.
lagi perlu di baca..
PAS membantah penganjuran program membincangkan ekonomi dan penyatuan Melayu - dikenali sebagai Melayu Bangkit - sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, berdasarkan laporan akhbar, program anjuran NGO Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) itu menunjukkan program tersebut "berbahaya dan tidak sihat" kepada hubungan kaum di Malaysia.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 10,000 orang termasuk ahli-ahli 45 NGO Melayu dijangka menyertai program untuk membincangkan beberapa isu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.
Program anjuran GERTAK dengan kerjasama Institut Integriti Terengganu itu dianjurkan dalam usaha menyatupadukan orang Melayu yang semakin renggang dan membangkitkan kesedaran orang Melayu terhadap hak mereka.
Pengerusi Gertak, Razali Idris dilaporkan berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama pada majlis yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak pada 13 Mei ini.
Beliau dilaporkan berkata, tarikh itu dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan