Polis antarabangsa akan mengheret mereka ini! kuasa rakyat akan mengubah nabis malaysia pada pru13, tangkap mereka yang terlibat dengan rasuah antarabangsa! hukum mereka! bawa mereka ini kemuka pengadilan! bukan kehakiman malaysia!
bosan! tiap2 hari ada kes baru yang timbul! malaysia skrg dah tak aman! polis tembak orang awam! betul2 dah jadi negara polis!
pakatan rakyat sedang berusaha keras untuk membawa kesejahteraan rakyat! hapus rasuah dengan undang2 islam! hanya islam dpt membawa kesejahteraan seluruh ummat manusia!
baca berita yang terpampang nih,,
Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.
Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.
"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."
Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.
Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .
Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.
Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.
Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.
Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.
lagi berita lain,,
Para pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan berhenti menggunakan perkhidmatan syarikat perunding Apco Worldwide dan syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengan Israel selaras dengan pendirian negara mengutuk tindakan negara Zionis itu melancarkan serangan maut ke atas kapal bantuan kemanusian ke Gaza.
Delegasi tersebut diketua oleh Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan turut disertai setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzzaman Mohd dan ketua Pemuda PKR Selangor Khairul Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan