Najib patut rasa malu! malu dengan perdana menteri Jepun, apabila janji pilihanraya tidak ditunaikan, maka dia bertanggungjwb! bukan mcm najib! letak jawatan najib oi!!! negara akan muflis bawah pimpinan kamu! tarik subsidi, balapetaka dan hadiah juga buat rakyat jelata!!

Hatoyama mengambil keputusan itu, semalam, selepas beliau tidak memenuhi janjinya semasa kempen pilihan raya lalu untuk memindahkan markas tentera laut Amerika Syarikat (AS) dari Okinawa, selatan Jepun.
Hatoyama menghadapi tekanan hebat daripada ahli parti politiknya sendiri supaya meletak jawatan sebelum pilihan raya parlimen, Julai depan.
Populariti Hatoyama jatuh selepas beliau gagal mengendalikan isu pemindahan markas tentera laut AS di Okinawa dengan baik sehingga beliau dilihat sebagai pemimpin yang tidak cekap.
Peletakan jawatan Hatoyama menjadikannya Perdana Menteri Jepun yang keempat melepaskan jawatan tertinggi itu dalam tempoh empat tahun.
Hatoyama, 63, berkata, beliau berusaha mengubah senario politik negara itu sejak pilihan raya tahun lalu supaya rakyat dapat memainkan peranan dalam pentadbiran negara, tetapi mengakui usahanya tidak berjaya.
"Kegagalan dalam usaha mengubah politik Jepun adalah kerana kegagalan saya sendiri," katanya.
Menurutnya, selain isu markas tentera AS, beliau mengambil keputusan meletak jawatan kerana skandal sumbangan politik kepadanya, di mana dua pembantu Hatoyama didakwa dan dipenjarakan kerana memalsukan laporan mengenai sumbangan itu.
Sementara itu, Menteri Kewangan, Naoto Kan dilihat sebagai calon pengganti selepas beliau melahirkan hasrat untuk mengumumkan bertanding jawatan presiden parti pada mesyuarat yang akan diadakan esok.
Calon lain yang dilihat sebagai berpotensi ialah Menteri Pengangkutan, Seiji Maehara dan Menteri Reform, Yoshito Sengoku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan