Pakatan Rakyat PRU13

Pakatan Rakyat PRU13

Isnin, 22 Februari 2010

1 Malaysia?

Umno dan BN baru sedar akan pentingnya 1Malaysia. Setelah lebih 50 tahun merdeka pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak Umno/BN sedar bahawa masyarakat mesti disatukan dengan semangat 1Malaysia. Sebelum ini Umno/BN menghentam DAP kerana konsep Malaysian Malaysianya tetapi sekarang cuba menirunya pula.

Namun begitu PAS sudah lama menghayati konsep ini malah ianya diselaraskan dengan Islam yang sememangnya menuntut perpaduan dari semua segi. Sebelum merdeka lagi PAS menggunakan perkataan SeTanahMelayu dan selepas Malaysia ditubuhkan PAS menggunakan perkataan SeMalaysia pada namanya.

Sedarkah kita bahawa nama PAS iaitu Parti Islam SeMalaysia bermaksud Parti Islam SatuMalaysia. Semua rakyat patut bernaung di bawah parti Islam ini yang mengutamakan konsep perpaduan Semalaysia atau SatuMalaysia.

Begitulah hebatnya pimpinan PAS yang lebih awal memahami akan kepentingan SatuMalaysia dalam kerangka yang jauh lebih besar iaitu Islam.

Pimpinan PAS sebenarnya jauh lebih hebat dan terkehadapan dalam mendepani isu-isu semasa termasuk isu kepentingan negara dan kedaulatan rakyat lebih-lebih lagi dalam isu Islam. Sudah sampai masanya rakyat membezakan karisma dan kebijaksanaan pimpinan PAS dalam semua segi jika dibandingkan dengan pimpinan Umno/BN.

Maka sewajibnya rakyat menilai semula sokongan kepada Umno/BN jika mahu negara ini maju dan rakyat diselamatkan dari kemelut yang hebat sekarang. Rakyat sepatutnya memilih dan mengangkat pemimpin -pemimpin yang hebat dan berkarisma seperti ini agar mereka dapat membawa kita keluar dari sebarang masalah dan kemelut yang melanda negara sekarang.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Khamis, 18 Februari 2010

JoM paKaT gi PesTa WaU


Pakat gi tengok pesta WAu di padang bola batu enam, pada hari jumaat 26hb marc 2010, ini jam 3ptg-lepas asar..

semua penduduk dan rakyat terengganu khususnya, dijemput hadir bagi melihat pesta wau yang bermusim,

pesta wau ini bertujuan, tujuan diadakan program sedimikian, kita dapat melihat hasil seni anak tempatan dalam mereka cipta pelbagai wau tempatan, dan ia secara tidak langsung dapat merapatkan ukhwah dikalangan pemuda dan masyarakat.

ini bukan kali pertama ia dianjurkan oleh pemuda batu enam, malah ia sudah menjadi tradisi penduduk setempat pada tiap-tiap tahun.

sesiapa yang memiliki wau, boleh lah bawa bersama pada hari jumaat ini, dipadang bola batu enam. semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pesta wau pemuda batu enam pada tahun ini.

http://bohiem.blogspot.com

Ahad, 14 Februari 2010

laGi BerkaiT rasuaH UmNO-PerkarA BiasalaH..

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/UMNO%20Rasuaha.jpgSPRM telah mengesahkan menahan seorang Setiausaha Politik kepada seorang Menteri kanan setelah menjumpai sekurang-kurangnya wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang.
Ahli Umno itu dilaporkan juga mempunyai hartanah yang bernilai jutaan ringgit.

”Ya, SPRM telah menahan seorang lelaki bagi penyiasatan lanjut,” kata pegawai tinggi SPRM sebagamaimana di petik Malaysia Insider.

Bagaimana pun SPRM enggan memberikan butir-butir lelaki yang ditahan atas sebab-sebab keselamatan.

Pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pada jam 3.30 petang Khamis dan merampas sekarung wang kertas RM5, RM10, RM50 dan RM100.

Sabtu, 13 Februari 2010

Makin Ramai BerUk darI manusia!

Sehari dua ni cukup 'meriah' Umno mengadakan demonstrasi sana sini. Pantang terjentik dan tercuit sikit tentang 'semangat kemelayuan' Umno terus buat demonstrasi. Nampaknya Umno sudah mula faham apa makna demokrasi.

Sebelum ini, jika pembangkang atau Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi maka selepas itu akan muncul komen dari pemimpin dan media milik Umno.... Berlaku huru hara, peniaga mengalami kerugian, pelabur lari, pembangkang sabotaj ekonomi negara.

Jadi hari ini ekonomi negara dalam keadaan gawat, pelabur tak datang dan suasana politik gawat semuanya berpunca dari Umno yang akhir-akhir ini kerap berdemonstrasi. Umno kena bertanggungjawab!

Khairy Jamaludin hari ini mungkin senyum seorang diri apabila melihat ramai 'beruk' dalam Umno. Istilah yang diberi kepada peserta demonstrasi 'BERSIH' Pakatan Rakyat sebelum ini.

Mungkin selepas ini Umno Pulau Pinang akan turun berdemonstrasi sekali lagi kerana 'termakan' dengan laporan Utusan Malaysia bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nak membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Mungkin kali ini Ibrahim Ali akan berganding bahu dengan seorang lagi wakil rakyat 'bebas' Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk memimpin demonstrasi berkenaan.

Cuma jangan jadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab dah le, memukul canang dan berarak mengelilingi Kota Mekah serta membuat kenduri besar-besaran sembelih kambing dan unta menyambut kelahiran Nabi SAW tetapi kemudiannya menjadi orang yang paling kuat menentang dakwah dibawa oleh Nabi SAW.

Umno kini memang cukup bersemangat untuk berdemontsrasi. Saya yakin lepas ni banyak lagi demonstrasi akan diadakan oleh Umno dan mereka yang sewaktu dengannya.

Justeru itu memang layaklah Umno mendapat anugerah 'Malaysia Book Of Records' atau mungkin 'Guinness Book Of Records' sebagai parti dalam dunia yang paling banyak mengadakan demonstrasi. Syabas Umno!

Jumaat, 12 Februari 2010

Tak HabiS-HabiS!

MereKa BerempaT adalah PenGkianat RakyaT!

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR, dan termasuk tiga Adun yang sekarang ini menjadi BEBAS merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, Setiap anggota pakatan rakyat, dari PAS, DAP dan Keadilan sendiri, bermati-matian dalam melaksanakan tugas yang berat dan bersungguh-sungguh dalam PRK12 lepas.

mereka ini telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantu mereka dalam memenangi kerusi tersebut Bayan Baru untuk Pakatan Rakyat! mereka memang patut digelar dengan PENGKIANAT RAKYAT, ayuh rakan-rakan seperjuangan, kita harus pulau mereka, dan berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati mereka, supaya ke jalan yang benar!


Anwar selaku penasihat PKR berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut. semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.

"Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya.

bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin, bukan mudah untuk kita memimpin, dan begitu susah untuk kita menyedarkan seseorang itu. berjanjilah dengan berkata pada diri, aku takutkan Allah dari segalanya.. insyallah tiap-tiap yang kita lakukan itu, akan bersih dari kekotoran dunia ini!

mereka yang terkorban dalam perjuangan, kita semadikan dengan doa, agar mereka sedar dan insaf ke pangkuan jalan.

mereka dihina di dunia. malah mereka dihina pula diakhirat kelak, jika mereka ini tidak bertaubat, dan insaf, kerana mereka memang bergelar seorang munafik, dan pengkianat rakat.

jom letakkan gambar-gambar pengkianat rakyat! agar kita semua mudah kenali mereka yang mengkianati rakyat!

Abim khuatir facebook jadi ruang tidak sihat



Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kes penyiaran komentar yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam lamanweb sosial Facebook seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini.

Ini memandangkan penyiaran komentar ini menggambarkan betapa rendahnya keprihatinan sesetengah pihak akan sensitiviti isu-isu tertentu di kalangan umat Islam, kata Setiausaha agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Semalam, seorang pegawai eksekutif sebuah syariat keselamatan, Mohamad Faizal Abdul Raub mmembuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dalam Facebook, baru-baru ini.

Beliau membuat laporan polis itu di Balai Polis Travers di ibunegara kira-kira jam 11.30 pagi.

Mengulas lanjut, Mohamad Raimi berkata Abim khuatir jika fenomena ini dibiarkan berterusan, ia akan membuka ruang kepada perbincangan yang tidak sihat dan mampu merobek keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

"Kebimbangan ini dilatari dengan kemunculan beberapa isu sensitif yang dikaitkan dengan para pengguna lamanweb sosial semenjak kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, menyedari implikasi besar terhadap kestabilan politik negara, (maka) Abim menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan secara terperinci.

dibuat oleh pihak berkuasa serta mengenakan tindakan yang tegas berdasarkan kepada undang-undang serta enakmen-enakmen yang berkaitan sebagai suatu pengajaran.

Abim menyeru agar setiap lapisan masyarakat agar memahami serta menghormati sensitiviti yang sedia ada di kalangan pelbagai kaum dan agama di negara ini dalam medium interaksi terbuka seperti Facebook dan lamanweb soal, untuk mengelak sebarang implikasi negatif terhhadap persefahaman, keharmonian, tolenransi dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.

Rabu, 10 Februari 2010

PeringataN Buat Semua Blogger

Mereka yang menyokong PAS dan membuka blog-blog sokongan kepada PAS perlu berhati-hati kerana kita tidak mahu sokongan yang di buat sebaliknya akan membuat kita rebah. Perubahan perjuangan zaman siber sudah berubah. Zaman 1998 itu berbeza

Dalam membentuk perubahan, kehadiran laman web dan blog yang mempunyai orang tertentu yang bertanggung jawab dalam penyiaran telah menjadi asas rujukan dan pembentukan sokongan. Blog tanpa nama akan hanya di baca sekadar keseronokan dan sekiranya ia di bentuk dengan penulisan yang terlampau ekstrem maka usaha untuk mencorakkan minda akan tergendala dan mungkin akan gagal. Namun hari ini – ada kepimpinan PAS yang gagal dalam membentuk strategi-strategi media khususnya dalam berdepan dengan media Kerajaan Kegagalan mereka bukan kerana tidak ada inisiatif tetapi inisiatif dan usaha yang salah dan silap khususnya dalam memperuntukkan siapa yang seharusnya melakukan dan siapa yang sebenarnya layak untuk dilantik mengetuai atau menjadi strategis dalam melakukan perkara-perkara tersebut. Disebabkan ada kepimpinan yang masih terikat dengan budaya DALAM KOTAK , melihat rakan yang di sekeliling sahaja, memberi pada mereka yang dilihat secara fizikal bertempek di depan mata maka usaha pelaksanaan itu gagal.

Keadaan ini semakin membengkak sehingga PAS sendiri tewas dalam urusan pertembungan media antara media Kerajaan dengan media PAS. Kedudukan ini akan di perjelaskan dengan lebih lanjut lagi tetapi setakat hari ini – formulasi PAS bercorak Lapuk akan merugikan dari menguntungkan. Kemungkinan sikap ortodoks kepimpinan PAS masih ada – kepimpinan tertinggi yang mahukan perubahan tidak dapat diterjemahkan oleh Ahli-ahlinya – khususnya pimpinan pemuda serta Setiausaha mereka yang lebih kepada politik dalaman dari melihat serangan luaran yang lebih dahsyat. Ada kalanya perlu kita katakan dengan jelas bahawa – sikap mereka akan hanya menjadikan PAS itu wadah perjuangan lampau yang hanya perlu dikenang sekiranya sikap kita masih berterusan begini. Mungkin kita juga perlu lebih rakus dalam mendesak perubahan – bukan sahaja itu tetapi mungkin terpaksa menjerit kepada telinga kepimpinan tertentu agak keluar dari kotak yang kecil itu untuk melihat secara luas dan terbuka.

Namun bagi blogger PAS yang mahu memulakan langkah, maka yang perlu adalah keikhlasan dalam perjuangan yang memperjuangkan syiar islam– berani memperkatakan yang benar dan menyelami perasaan takutkan ALLAH s.w.t– asas untuk perubahan dan reformasi dalam PAS. Kalau Parti Keadilan Rakyat bergerak ke belakang setelah menang beberapa buah negeri maka PAS perlu bergerak ke hadapan – memulakan perubahan dalam mendidik diri supaya berjuang untuk islam bukan untuk kebanggaan. Perlu diingat – setiap ubat adalah pahit dan kita perlu menerimanya untuk kejayaan masa hadapan.

masih terlalu awal untuk kita mengubah haluan kita, masuh terlalu mudah untuk mencapai apa yang nak dicapai. tetapi bukan mudah untuk melakukannya hanya kerana Allah taala. hati kita harus bersih dari segala buruk sangka terhadap pimpinan- mereka ada tujuan dan pendapat mereka sendiri. para blogger PAS jangan cepat melatah, jangan cepat terlepas. gunakanlah media yang serba canggih untuk ISLAM, bukan untuk mencapai matlamat kita sendiri.


wassalam dari pR

KeS Altantuya,, Siapa Lagi Yang TerliBat?


Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa Datuk Nasir Safar berada di lokasi apabila anggota polis menahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, demikian menurut peguamnya, Americk Sidhu.

Dakwaan tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR.

Suara Keadilan memetik emel Sidhu kepadanya yang mendakwa Bala, mengenali bekas pembantu khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak itu apabila melihat gambar Nasir (kiri, bertali leher) di blog.

Nasir diheret dengan kontroversi apabila minggu lalu dia membuat ucapan yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka.

Dia didakwa sebagai berkata kaum Cina dan India sebagai pendatang.

Akibat bantahan dan kemarahan pemimpin dan rakyat, Nasir kemudiannya meletakkan jawatannya.

Kedua-dua Bala dan Sidhu kini tinggal di luar Malaysia kerana bimbang dikenakan tindakan.

Bala (kanan) menjadi terkenal pada Julai 2008, apabila dia membuat pengakuan bersumpah mendakwa dia berada di tempat kejadian apabila polis membawa Altantuya dengan sebuah kereta di luar rumah kekasihnya, Abdul Razak Baginda, yang juga seorang lagi pegawai Najib.

Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala mendakwa “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat.

Menurut Sidhu, polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak (bawah, tengah).

Bagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.

Nasir yang dihubungi oleh Malaysiakini sebentar tadi, tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata sidang media akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga tidak mahu mengulas.

"Saya tidak mahu komen. Perkara itu telah dibicarakan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini.

Pada April 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung terhadap dua anggota polis yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Bagiamanapun Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah berkali-kali menafikan dia mengenali Altantuya ataupun pernah berjumpa dengan wanita itu.

Selasa, 9 Februari 2010

kronologi krisis politik di Perak

Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

17 Mac 2008:

- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009:

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009:

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

- BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Feb 2009:

- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009:


- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009:

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:

- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009:

- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:

- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan
permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:

- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov 2009:

- Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

9 FeB 2010:

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.


Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan.

“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.

Ahad, 7 Februari 2010

ZambrY gila KuasA!


Datuk Zambry Abdul Kadir didakwa telah mengheret pegawai dan kakitangan kerajaan Perak untuk kepentingan politiknya apabila mengarahkan kesemua mereka hadir majlis solat hajat berdepan keputusan siapa menteri besar Perak yang sah yang akan diputusakan mahkamah esok.

Majlis solat hajat tersebut telah diadakan di kediaman Menteri Besar Perak pada Sabtu lalu.

Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki berkata, Zambry berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup memperalatkan pegawai dan kakitangan untuk mempertahan kerajaan haramnya.

"Antara bukti yang jelas UMNO memperkudakan kakitangan kerajaan ialah melalui mesej yang dihantar oleh Datuk SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) yang mengarahkan pegawai kerajaan membawa pasangan masing-masing ke majlis solat hajat di kediaman MB," katanya.

Menurutnya perkara tersebut juga menjelaskan bahawa SUK Dato' Dr. Abdul Rahman bin Hashim turut diperkuda oleh Umno BN.

Selain itu, Jabatan Agama melalui penyelaras masjid seluruh daerah juga turut diminta mengarahkan Pengerusi dan beberapa Jawatankuasa Qariah Masjid hadir ke program solat hajat rakyat anjuran Umno BN tersebut.

Menurut beliau lagi, perkara ini sangat berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat sewaktu setahun memerintah Perak sebelum ini.

"Namun apa yang membezakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan Umno BN adalah kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan jentera kerajaan untuk memanggil orang ramai menyertai program tersebut,

"Datuk SUK tidak pernah diarahkan untuk menjemput dan mengarahkan pegawai kerajaan menghadiri solat hajat, Jabatan Agama Perak juga tidak pernah diguna bagi menghebahkan program tersebut," katanya lagi.

Pakatan Rakyat jelasnya berpendirian untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat, jentera dan ahli partilah yang berperanan mempertankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat bukan jentera kerajaan.

Selain itu kesempatan tersebut juga dakwanya telah diguna oleh Umno untuk terus membangkitkan sentimen perkauman, kononnya kerajaan sekarang wajib dipertahankan bagi mengelakkan Cina dan DAP menguasai kerajaan Perak.

"PAS didakwa oleh mereka hanya sebagai boneka DAP dan Cina semata-mata. Mereka merayu-rayu orang Melayu supaya mempertahankan kerajaan BN sekarang yang dikuasai oleh Melayu dan Islam seolah-olah jatuhnya kerajaan BN, akan hilanglah kerajaan Melayu di Perak," katanya

Sabtu, 6 Februari 2010

Wang ehsan oR WanG royalti yang Kita MAhukan?


Projek Runtuh Di Terengganu Bukti Wang Ehsan Tidak Berkat,
Kelantan Jangan Terima

Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menyelar tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih enggan membayar wang royalti Kepada Kelantan tetapi memaksa Kelantan menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac ini.

Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Dakwaan bahawa wang ehsan diberikan kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidak jujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan.

BN juga menafikan hak Kelantan terhadap hasil minyak bagi telaga di Pelantar Bintang yang bertindih dengan negeri Terengganu. Walaupun pakar Geologi telah mengesahkan ianya hak Kelantan, tetapi demi kerakusan mereka, BN sanggup berbohong.

Dalam mana-mana uruniaga dan perjanjian dengan Petronas, terma 'wang ehsan' tidak pernah wujud. Hanya terma 'wang royalti' sahaja yang ada. Kerajaan BN culas dalam hal ini dan mengunakan 'terma 'wang ehsan' seolah-olah Kelantan meminta sedekah walhal sumber minyak itu keluar dari perut bumi Kelantan.

PAS yakin jika wang ehsan ini dibawa masuk ke Kelantan, ianya adalah sumber yang tidak berkat kerana diberikan atas niat politik iaitu mahu meraih undi Kelantan kepada BN.

Wang yang tidak berkat ini jika digunakan akan memberikan mudarat dimasa hadapan. Kita sudah melihat contoh yang nyata terhadap apa yang berlaku di Terengganu setelah menerima wang ehsan. Pelbagai projek dijalankan, tetapi hasilnya yang kita lihat pada tahun lepas sahaja amat memeranjatkan.

Beberapa bangunan yang dibina mengunakan wang ehsan telah runtuh antaranya, Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Masjid Kampung Puteh, Dewan Sek.Men. Wakaf Tapai dan menara telekomunkasi di Besut dilaporkan tumbang.

Pusat Akuatik di Batu Burok, Kuala Terengganu pula bocor dan Siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Seberang Takir runtuh.

Inilah bukti hasil ketidakikhlasan wang ehsan, dimana kerajaan negeri kini terpaksa menangung kerugian yang besar dan duit rakyat hangus begitu sahaja.

PAS berharap tragedi ini menjadi peringatan kepada rakyat Kelantan dan seluruh negara bahawa Allah juga tidak redha dengan ketidakikhlasan Umno-BN yang sanggup menafikan hak rakyat demi untuk kepentingan mereka.

PAS menyeru Ahli dan penyokong untuk bersama-sama bersolat hajat diseluruh negara malam ini dan berharap agar Kelantan mendapat hak mereka.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penarangan PAS Pusat

Tanpa 'jeneralnya' pun, Pakatan tetap kukuh


Pakatan Rakyat akan terus kukuh walaupun jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat dan merengkok dalam penjara.

Inilah mesej yang disampaikan oleh Anwar ketika berucap kepada kira-kira 2,000 orang yang menghadiri majlis ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak, yang dianjurkan oleh Pakatan di Air Tawar malam tadi.

Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.

Ketua pembangkang itu, yang mendakwa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu konspirasi politik oleh musuh politiknya, menegaskan bahawa beliau berdepan dengan tugas yang berat.

"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya.

Dewan gemuruh dengan tepukan apabila Anwar menegaskan bahawa sama ada beliau di dalam atau di luar penjara, perjuangan politik Pakatan tidak akan terjejas dan tetap akan diteruskan.

Kehadiran anggota polis yang ramai tidak menghalang orang ramai membanjiri dewan untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin Pakatan termasuk Lim Kit Siang dan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Walaupun terdapat spekulasi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan Selasa ini mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah, mungkin berpihak kepada Nizar, tetapi pemimpin Pakatan tidak begitu optimistik.

Tetapi apabila giliran pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham naik ke pentas dan bertanya sama ada Nizar akan menang, dewan gemuruh dengan laungan 'ya'.

Dalam ucapannya, Nizar berkata jika menang kes tersebut, beliau akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan piliha raya negeri yang baru.

Beliau juga menjangka Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd kadir juga akan melakukan perkara yang sama.

Media ibarat ‘kerajaan kedua’


Media memainkan peranan yang sangat besar dalam masyarakat hingga dianggap sebagai ‘kerajaan kedua’ kerana mereka boleh menaik dan menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Mohd Salleh berkata, peranan wartawan media seperti sebuah ‘kerajaan’ yang boleh menjatuhkan kerajaan yang sedia ada hari ini.

“Kita menyedari peranan wartawan dalam mencorakkan masyarakat sangat besar dan sebagai kuasa penentu.

“Peranan wartawan juga seperti sebuah kerajaan kedua yang boleh menaik dan menjatuhkan kerajaan sebagaimana yang berlaku dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 lalu,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kewartawan Islam anjuran Jabatan Penerangan PAS negeri di Markas Tarbiah PAS Kawasan Kuala Terengganu, di sini pagi ini.

Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tumbang di beberapa buah negeri pada PRU ke-12 lepas tetapi menghilangkan kemenangan dua pertiga di peringkat Pusat.

Menurutnya, situasi yang berlaku itu adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh media terutama media baru dan alternatif yang mendedahkan kepincangan dan penyelewengan BN secara meluas.

“Kami berharap para wartawan media baru dan alternatif ini dapat meneruskan peranan dengan lebih serius agar Pakatan Rakyat memenangi PRU ke-13 nanti di peringkat Pusat dan meruntuhkan kerajaan BN negeri-negeri,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa masyarakat hari ini sudah celik media dan tidak lagi bergantung dengan berita yang disiarkan oleh media arus perdana yang mengampu kerajaan sebaliknya mendapatkan maklumat daripada media baru dan alternatif.

Justeru itu, beliau berharap para wartawan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat berdasarkan sumber yang jelas agar masyarakat mendapat info yang benar-benar sahih.

Ketika berucap merasmikan seminar yang julung kali diadakan itu, beliau berharap para peserta dapat memainkan peranan serta mempunyai tanggungjawab keagamaan.

Menurutnya, ini kerana wartawan Islam juga mempunyai peranan dakwah kepada umum.

“Kita harap peserta kursus atau seminar ini supaya aktif dan maklumat parti dapat disalurkan sebaik mungkin dan berperanan memperkenalkan PAS kepada masyarakat,” ujarnya.

Katanya, banyak isu di peringkat akar umbi perlu disebarkan kepada umum termasuk peranan PAS dalam membina masyarakat dan negara.

Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong turut membentangkan kertas ‘Asas Penulisan Berita’ pada seminar sehari itu yang dikendalikan oleh Ketua Unit Penerbitan PAS negeri, Dr Azman Ibrahim.

Jumaat, 5 Februari 2010

KerajaaN digesa JejaKi MereKa Yang TerlibaT



2 enjin jet TUDM dijumpai di Uruguay


Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, katanya.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

Penemuan semula enjin jet pejuang F-5E seperti yang dimaklumkan kerajaan Uruguay, PAS berharap Malaysia lebih mudah menjejaki mereka yang terbabit mencuri dan menjual enjin tersebut dalam pasaran gelap di luar negara.

Ulasan,,

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan bahawa sindiket menjual enjin sehingga ke Uruguay itu membabitkan pegawai atasanTentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kakitangan kerajaan di Kementerian Pertahanan sendiri.

“Saya tidak fikir enjin yang begitu besar itu boleh keluar dari Malaysia dengan sendirinya, berkemungkinan ada di kalangan pegawai atasan tentera TUDM atau di kementerian sendiri bertanggungjawab mencuri dan menjual kedua-dua enjin ini dalam pasaran gelap sejauh di Uruguay.

“Tentu ada yang membawa ke Uruguay dan jumpaan kedua-dua enjin itu sudah tentu memudahkan kerajaan (Malaysia) menghidu isyarat dan mereka yang terbabit,” jelasnya beliau ketika dihubungi Harakahdaily malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan keadaan fizikal enjin yang ditemui itu.

“Cumanya kita (PAS) juga nak tahu yang enjin itu dijumpai dalam rupa yang bagaimana, dalam rupa bangkai enjinkah atau enjit tersebut dipasang pada badan jet pejuang yang lain,” soal Mahfuz.

Beliau turut mencadangkan kerajaan Malaysia melantik suatu konsultan peringkat antarabangsa yang diyakini bebas untuk menyiasat sindikit jual beli enjin tersebut yang melibatkan kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay sendiri.

“Saya lihat perlunya kerajaan (Malaysia) melantik suatu konsultan peringkat antarabangsa untuk menyiasat sindikit antara kedua-dua negara, tidak boleh diserahkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis kerana ia membabitkan kerajaan Uruguay sendiri.

Sebelum pada itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turun mengingatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menerima cadangan pembangkang untuk sekurang-kurangnya menubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja yang bebas dan adil untuk mengenal pasti mereka yang terbabit.

“Walaupun Malaysia sudah menerima notis dari Uruguay kedua-dua enjin sudah dijumpai, cadangan pembangkang menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu perlu terus ditubuhkan kerana mereka yang terbabit masih bebas dan tidak didakwa.

“Tidak cukup AG (Peguam Negara) mengucapkan penghargaan kepada kerajaan, polis dan TUDM sendiri disebabkan penemuan semula enjin-enjin itu, itu tidak memadai,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sekiranya kerajaan dilihat sambil lewa dalam menjejaki mereka yang bersalah, menurut Salahuddin, isu sindiket jual beli enjin dalam pasaran gelap yang dipercayai membabitkan ahli politik dan pegawai atasan TUDM tersebut bakal menjadi isu yang panas dalam sidang parlimen Mac depan.

Bernama melaporkan Abdul Gani mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia sudah menerima notis penemuan semula enjin tersebut dari kerajaan Uruguay.

Beliau menganggap penemuan kedua-dua material keselamatan negara itu yang hilang sejak 2007 lalu membuktikan bahawa kerajaan begitu komited menyelesaikan kes tersebut.


Tiba di Kondominium Desa Damansara jam 2.42 petang, beredar 4.11 petang

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menayangkan rakaman CCTV yang menunjukkan bekas pembantu khas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mengunjungi Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada hari kejadian liwat itu didakwa berlaku.

CCTV itu antara lain merakamkan imej Mohd Saiful menaiki lif di tempat meletak kereta P2 ke tingkat lima kondominium itu pada jam 2.42 petang. Rakaman itu ditayangkan sebaik Mahkamah Tinggi meneruskan prosiding secara terbuka pada sesi petang.

Pada awal sesi pagi, Mohd Saiful memberi keterangan secara tertutup selama 30 minit sebelum menyertai lawatan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan ke kondominium itu. Turut serta, Anwar dan peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful. Zambri Idrus.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, menjelaskan pihak pendakwaan menayangkan rakaman CCTV berkenaan bagi mengesahkan kehadiran Mohd Saiful di tempat kejadian pada 26 Jun 2008.

Dalam keterangannya kelmarin, Mohd Saiful berkata, beliau pergi ke unit 11-5-2 di tingkat lima kondominium itu selepas diarahkan oleh Anwar bagi membincangkan jadual kerjanya.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, Mohd Saiful turut kelihatan di dalam lif dari tingkat lima turun ke tingkat bawah pada jam 4.11 petang ketika mahu meninggalkan kondominium berkenaan dengan membawa beg dokumen berwarna hitam. Mohd Saiful mengesahkan imej lelaki berkemeja putih dalam rakaman CCTV itu ialah beliau.

Bagaimanapun, semua rakaman CCTV itu tidak dapat ditunjukkan sepenuhnya kerana berlaku masalah teknikal.

Sehubungan itu, Mohd Yusof meneruskan prosiding dengan sesi pemeriksaan utama dan menunjukkan kepada Mohd Saiful 13 keping gambar untuk disahkan dan ditanda sebagai bahan bukti, antaranya kereta Fiat merah yang dinaikinya untuk ke kondominium itu, pergerakan beliau dalam lif menuju ke unit 11-5-2 dan meninggalkan lokasi berkenaan.

Dalam prosiding semalam juga, Mohd Saiful memberitahu mahkamah beliau menjalankan pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas diberitahu laporan perubatan dari hospital swasta tidak diterima sebagai bukti di mahkamah.

Mohd Saiful berkata, sebelum itu beliau pergi ke Hospital Tawakal di Jalan Pahang untuk menjalankan pemeriksaan, tetapi diberitahu oleh penyambut tetamu sesi pemeriksaan di hospital berkenaan pada hari itu hanya separuh hari.

Katanya, beliau kemudian pergi ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di Jalan Tun Razak dengan ditemani bapa saudaranya, Tuah Mat Ali. Mohd Saiful turut mengecam Dr Mohd Osman Abdull sebagai individu yang melakukan pemeriksaan ke atas dirinya di Hospital Pusrawi.

Mohd Yusof : Apabila jumpa Dr Osman, apa yang kamu beritahu kepadanya?

Mohd Saiful : Pada mulanya saya beritahu saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur.

Mohd Yusof : Apa yang doktor buat?

Mohd Saiful : Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring di atas katil dan meniarap

Mohd Yusof : Sepanjang pengetahuan kamu ada doktor guna apa-apa peralatan?

Mohd Saiful : Ada, dia ingin memasukkan sesuatu, semasa ingin masukkan benda itu saya terus berterus-terang bahawa saya telah diliwat dan ingin jalani pemeriksaan.

Mohd Yusof : Apabila beritahu apa yang berlaku, apa doktor buat?

Mohd Saiful : Doktor terus berhentikan pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar.

Mohd Yusof : Ada kamu tanya kenapa doktor berhenti pemeriksaan?

Mohd Saiful : Ya, saya tanya, Doktor menasihati saya dua perkara, pertama hospital tiada kelengkapan untuk menjalani ujian forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah dan doktor nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL.

Mohd Yusof : Adakah kamu melihat alat yang digunakan?

Mohd Saiful : Tidak pasti.

Mohd Saiful berkata, beliau kemudian mengikut cadangan Dr Osman dan terus ke HKL, kira-kira jam 3 petang dan mendaftar sebagai pesakit luar.

Mohd Yusof : Kamu dapat berjumpa doktor?

Mohd Saiful : Ya, sejurus mendaftar, saya terus jumpa doktor perempuan bangsa India. Saya nyatakan saya segan untuk buat pemeriksaan kerana dia perempuan, lalu merujuk saya kepada doktor lelaki di sebelah bilik, juga berbangsa India. Saya ingat nama iaitu Dr Daniel. Ketika jumpa Daniel saya penat, saya terus berterus-terang untuk dapatkan pemeriksaan kerana diliwat oleh Anwar. Dia agak terkejut, lalu tulis nota untuk saya pergi ke unit kecemasan, iaitu di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).

Mohd Yusof : Adakah kamu dapat jumpa doktor?

Mohd Saiful : Saya tunggu, doktor pertama tiba setengah jam kemudian, juga berbangsa India. Dia bertanya pada saya, beliau hanya boleh buat pemeriksaan tekanan darah saja, kemudian dia keluar. Sebelum itu saya cakap secara spesifik saya datang untuk membuat pemeriksaan diliwat. Ketika doktor itu kembali pada jam 4.30 petang beliau menasihati saya untuk membuat laporan polis kerana tanpa laporan itu pemeriksaan tidak dapat dibuat.

Mohd Yusof : Mana kamu dapat borang untuk buat laporan?

Mohd Saiful : Apabila doktor berkata demikian memang saya berhasrat untuk membuat laporan polis selepas saya membuat pemeriksaan. Saya membuat pemeriksaan di HKL kerana boleh membuat laporan polis di situ. Borang saya dapat dari dua anggota polis, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Mohd Yusof : Ada buat pemeriksaan?

Mohd Saiful : Ada, pada jam 9 malam.

Mohd Yusof : Berapa orang doktor yang datang?

Mohd Saiful : Agak ramai, saya ingat ada seorang doktor Cina, dua doktor lelaki Melayu dan seorang doktor perempuan Melayu yang mengandung dan beberapa jururawat.

Mohd Yusof : Selain itu ada orang lain?

Mohd Saiful : Ada polis datang.

Mohd Yusof : Siapa polis itu?

Mohd Saiful : Masa itu saya tidak kenal tetapi selepas itu saya tahu beliau Deputi Superintendan Jude Pereira.

Mohd Saiful berkata, dalam pemeriksaan itu beliau menceritakan dari awal kejadian liwat itu berlaku dan kemudian ditanya oleh mereka sama ada beliau dicederakan ketika itu.

Katanya, sepanjang ingatannya, dia diperiksa di seluruh bahagian badan bermula dari rambut ke kaki termasuk bahagian dubur.

Mohd Yusof : Ada apa-apa contoh diambil?

Mohd Saiful : Banyak.

Mohd Yusof? : Bagaimana diambil?

Mohd Saiful : Dengan menggunakan alat seperti putik kapas untuk pemeriksaan di bahagian badan dan dubur.

Mohd Yusof : Ada apa-apa lagi kamu lihat?

Mohd Saiful : Saya lihat mereka meletak contoh calitan di dalam bekas dan diletakkan pelekat yang kemudian ditutup dengan penutup putih dan ditandatangani oleh saya.

Mohd Yusof : Satu botol atau banyak bekas?

Mohd Saiful : Banyak tetapi tidak pasti bilangannya.

Selepas sesi pemeriksaan utama, Mohd Yusof memberitahu mahkamah semua pihak sekali lagi akan ke kondominium Desa Damansara hari ini untuk mengunjungi pejabat pengurusan dan bilik kawalan yang menempatkan CCTV di kondominium berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung hari ini.

Khamis, 4 Februari 2010

Tanda-tanDa kejatUhan UmnO prk13

Kerajaan menyangka mereka sesungguhnya bijaksana dan apa sahaja alasan yang diberi akan difahami rakyat. Dalam yakin ada risau dan dalam risau ada bimbang. Tahukah anda bahawa kini, Pemimpin Kerajaan tidak boleh melelapkan mata, kerana syurga dunia mereka bakal berakhir, dan neraka dunia mereka akan menjelma.

Segala pujian yang diberikan oleh perwakilan UMNO adalah lahir dari diri mereka sahaja dan bukan dari rakyat. Sungguh sedih. Wahai Najib dan semua pemimpin kerajaan, ketawa lah lagi.

Mereka ini tidak sedar bahawa api sudah mula menyala dan menunggu masa untuk membakar singgah sana kerajaan yang ada sekarang. Jika tidak esok, lusa dan jika tidak lusa mungkin hari-hari berikutnya. Menteri tidak akan dapat tidur lena lagi akibat nafsu dan sikap bongkak mereka dalam membuat keputusan bodoh sehingga menyebabkan terperciknya semangat kesedaran yang akan timbul dikalangan rakyat akibat keadaan ekonomi yang semakin meruncing.

Kroni dan keluarga rapat UMNO mungkin tidak menyedarinya kerana mereka asyik dengan hidangan berita yang indah-indah oleh alat media mereka. Akibat kelekaan tersebut maka masa akan menentukan sampai bila mereka boleh bertapak atau mereka terpaksa meninggalkan kemewahan yang mereka miliki. Kemarahan rakyat semakin menjulang dan tidak boleh dibendung lagi.

Walau bagaimana pun, terima kaseh lagi sekali kepada Kerajaan Malaysia kerana jika kenaikan harga ini tidak dibuat, mungkin rakyat masih lagi buta dan tidak sedar. Sikap mementingkan diri sendiri rakyat akan hilang dengan sendirinya dan rakyat akan kembali menyalahkan kerajaan. Kami bakal tidak makan. keluarga kami bakal menghadapi kesusahan. Inilah permulaannya kuasa keramat rakyat.

Berikut adalah senario yang berlaku semenjak akhir-akhir ini akibat kenaikan harga bahanapi. pR hanya sempat melihat keadaan disekitar Kelang dan Shah Alam memandangkan perjalanan pR kini terhad.

PEKERJA KILANG.

Melalui temubual yang dibuat kebanyakan pekerja kilang yang dahulunya mampu memiliki kancil dengan gaji RM800.00 RM1200, mereka sudah mula berikhtiar untuk menukar kenderaan mereka kepada motosikal kerana tidak sanggup untuk berbelanja unutk membeli petrol lagi. Walaupun memiliki kereta berjenama Kancil, tetapi ternyata, minyak bukanlah satu-satunya yang mereka bimbangkan. Mereka mempunyai tanggung-jawab yang lebih dari itu.

Akibat kenaikan tinggi tersebut mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan perjalanan kerja kerana perlu membayar sewa rumah, makan siang dan malam hari serta membayar pelbagai jenis bil termasuk, elektrik dan talipon. Malangnya kepada mereka kerana mereka tidak dapat menjual kenderaan mereka kerana, tiada kedai kenderaan yang mahu membeli kenderaan mereka dengan harga yang tinggi. Harga kenderaan terpakai buatan Malaysia sudah jatuh teruk. Jika harga Kancil baru berharga RM 30,000 ke RM40,000, kini kedai kenderaan terpakai hanya mampu mengambil dengan harga sebanyak RM15,000 ke RM18,000 sahaja. Bertambah malang kerana kebanyakan mereka masih menanggung hutang untuk 3 ke 4 tahun lagi.

Pekerja kilang juga akan berhadapan dengan masalah gaji dan pemberhentian kerja akibat majikan yang tidak mampu menggajikan mereka. Menurut mereka semenjak selepas Tahun Baru Cina, majikan tidak menerima bayaran dan perkara ini merunsingkan majikan-majikan di sekitar Shah Alam dan mereka merasakan ini adalah permulaan kepada permasalahan pengangguran yang besar dalam tempoh yang terdekat ini, seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998 dahulu.

PENJUAL KENDERAAN.

Menurut penjual kenderaan pula, mereka tidak mendapat pesanan pelanggan semenjak harga minyak diturunkan kerana rakyat takut untuk membeli kenderaan baru. Dan kebanyakan pemilik kenderaan yang datang untuk menukar kepada kenderaan yang lebih rendah ccnya namun mereka menghadapi masalah untuk menjual kenderaan yang mereka miliki kini akibat kejatuhan harga.

Para penjual kenderaan menjangkakan bahawa sekiranya masalah ini berlarutan, pihak bank akan terpaksa menarik kenderaan yang banyak jumlahnya dari pemilik-pemilik yang tidak mampu membayar pinjaman mereka. Keadaan ini dijangka lebih teruk dari tahun 1998 kerana sejak 2 ke 3 tahun yang lepas, banyak kenderaan dijual dengan tempoh pembayaran semula sehingga selama 9 tahun.

PEMANDU TEKSI

Mereka mengatakan bahawa mereka kekurangan pelanggan kerana rakyat terpaksa menaiki bas untuk mengurangkan belanja, sementara diwaktu malam rakyat tidak keluar rumah untuk lebih berjimat. Pemandu teksi yang ditemui berkata bahawa, jika ini berterusan mereka akan menghadapi masalah yang hebat kerana setiap hari mereka perlu membayar wang permit secara harian dan setiap penghujung bulan mereka perlu membayar sebanyak RM 6000 untuk pinjaman kenderaan pula.

KAKITANGAN KERAJAAN

Mereka merasakan kenaikan kali ini sememangnya tidak adil berbanding kenaikan gaji mereka yang sebanyak hanya RM20. Sedangkan kenaikan perbelanjaan mereka kini sudah melebihi jumlah kenaikan tersebut. Mereka merungut bahawa selain perbelanjaan untuk bekerja, mereka juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan perbelanjaan menyara keluarga di kota Shah Alam dimana ia jauh berbeza berbanding bekerja di kawasan kampung dan Bandar kecil.

RESTORAN

Rakyat kini sudah kelihatan tidak memenuhi restoran seperti sebelum ini. Perbezaan yang ketara adalah diwaktu malam, dimana sebelum ini, ramai pelanggan yang datang bersama rakan atau keluarga tetapi akhir-akhir ini pelanggan retoran berkurangan sebanyak hampir 60%. Kebanyakan mereka menjamu selera dirumah dan tidak lagi membazirkan wang untuk makan diluar memandangkan keperluan mereka untuk menjimatkan perbelanjaan bagi menampung kos yang mungkin akan meningkat bila-bila masa akibat kenaikan harga bahanapi. Fenomena ini juga berlaku kepada restoran makanan segera Mc Donald dan KFC. dengan kenaikkan harga barangan juga mendorong peniaga-peniaga restoran menaikkan harga makanan dan minuman. ini semuanya membebankan rakyat!

BANK

Pekerja-pekerja bank juga melahirkan perasaan terkejut kerana bank kini kelihatan lengang dan tidak seperti kebiasaan. Pelanggan mereka ramai merungut bahawa kutipan semakin berkurangan sementara mereka yang mempunyai simpanan dibank yang banyak, tidak mengeluarkannya kerana alasan untuk mengurangkan belanja dan berjaga-jaga.

JALANRAYA DAN PONDOK TOL

Pengguna jalanraya kelihatan berkurangan sebanyak 20% semenjak awal minggu ini. Jumlah kenderaan dijangka akan terus menurun memandangkan rakyat yang kini semakin bimbang dan merancang setiap perjalanan mereka. Menggunakan kenderaan hanya pada waktu yang perlu. Kenderaan tidak lagi sesak diwaktu pagi dan petang ketika waktu pergi dan pulang kerja.

Begitu juga yang kelihatan di pondok-pondok tol. Sebelum ini kebanyakan pondok tol akan dilalui oleh kereta yang banyak diwaktu bekerja sehinggakan kesesakan kerap berlaku. Tetapi sejak awal minggu ini, perjalanan kenderaan adalah jauh lebih lancar.

Diwaktu malam pula lampu-lampu jalan dikebanyakan lokasi di Kelang tidak dinyalakan. Keadaan ini disedari berlaku semenjak awal minggu lepas. Tidak diketahui kenapa ini berlaku, mungkin ia ada bersangkutan dengan lapuran hutangTNB yang melebihi
RM20 billion sebagaimana yang diwartakan.

PUSAT MEMBELI BELAH.

pR tidak dapat melihat keadaan sebenar DI DALAM pusat membeli-belah kerana pR tidak ada keperluan untuk kesana. Keadaan tempat letak kereta yang lengang menunjukkan bahawa terdapatnya pengurangan pelanggan.

JANGKAAN pR DAN RAKYAT TENTANG MASA DEPAN Merujuk kepada keadaan terkini, rakyat merasakan bahawa sesungguhnya nasihat Najib kepada rakyat untuk menukar cara hidup, bukan lagi pilihan, malah terpaksa dilakukan akibat kebodohan pemimpin-peminpim yang melahirkan idea-idea yang tidak berkualiti serta berbelanja tidak berhemah. Sikap mereka yang mementingkan diri sendiri merosakkan kehidupan dan keharmonian rakyat. Semenjak Pak Lah memegang jawatan PM, tiada pelaburan dari luar dilapurkan, walaupun PM dan TPM asyik berkunjung kesana dan kemari. Ini jelas menunjukkan bahawa, dalam media asyik melapurkan kecemerlangan pemimpin UMNO dalam setiap lawatan, hakikat adalah disebaliknya.

Namun sejauh mana ia disedari oleh kepimpinan dan penyokong kuat UMNO. Walau bagaimana bodohnya keputusan yang mereka buat, sudah pasti ada yang mahu memuji. Tidak lain ianya datang dari penyokong dan pengampu UMNO sendiri. Namun kerajaan akan melihat samaada alasan mereka selama ini boleh diterima oleh rakyat atau tidak, dalam tempoh terdekat ini.

Secara otomatik, rakyat yang rasa semakin terhimpit dengan keadaan ekonomi ini, sudah pasti beramai-ramai bangun dan menyalahkan kerajaan.

Kesempitan hidup rakyat juga akan membuatkan rakyat lupa akan hakikat bahawa ekonomi sememangnya sudah jatuh dan menimpa seluruh Negara, bukan hanya Malaysia. Namun, percayalah, kita akan melihat pemimpin-pemimpin UMNO ini akan dipersalahkan. Kita juga akan lihat bagaiman rakyat akan bersatu dan 1malaysia yang diwarwarkan oleh pak najib walau pun mereka berlainan parti politik, bangsa dan agama.
Kerajaan sudah terlambat untuk berundur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Anggapan mereka akan kebodohan rakyat selama ini akan terjawab. Mereka akan tahu bahawa rakyat tidak selamanya bodoh dan kerajaan tidak boleh selamanya memperbodohkan rakyat. Mungkin tahun 2010 ini adalah penghujung jalan kepada kepemimpinan diktator UMNO. Kerana kebodohan mereka akan terserlah dan terbongkar angkara ketamakan dan kerakusan mereka sendiri.

Untuk memulihkan ekonomi Malaysia, memerlukan masa yang lama. Oleh itu sebarang tindakan susulan selepas ini, rakyat tidak lagi akan terima, dan nescaya, jalan yang terbaik adalah untuk UMNO melepaskan kepimpinan mereka.

Oleh itu, bersama-samalah kita berdoa agar mereka sedar dan dengan kejatuhan UMNO kelak, akan membolehkan rakyat menuntut demokrasi sebenar dan membawa pemimpin-pemimpin yang KORUP ini ke muka pengadilan. Kita hukum mereka didunia, dan kita berserah kepada Allah swt menyambung hukuman tersebut diakhirat kelak, kerana walau sebijakmana manusia sekali pun, tidak akan boleh mededahkan keseluruhan kesalahan mereka kecuali Allah taala.

Wasallam

Rabu, 3 Februari 2010

parTi UmnO dan mAsa Depan..

Kes Enjin Belum Selesai, Kini Kes Maklumat Bocor Pula

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kerapuhan sistem keselamatan agensi Pertahanan Negara mutakhir ini kerana sebelum kes kehilangan enjin pesawat F5E selesai, kini timbul pula isu kebocoran maklumat sulit Angkatan Tentera Malaysia.

Angkatan Tentera sepatutnya menjadi contoh dan penanda aras kepada sistem keselamatan agensi pertahanan lain, namun insiden terbaru ini menimbulkan kebimbangan dihati rakyat kerana negara ini boleh dianggap tidak selamat. Apa sahaja kekuatan dan kelematan sistem pertahanan yang ada dalam negara ini begitu senang diketahui musuh.

Intergriti anggota keselamatan negara bakal menjadi pertikaian jika ianya gagal ditangani segera. PAS yakin, insiden pembocoran maklumat ini melibatkan pegawai-pegawai kanan berpangkat tinggi kerana dari segi amalan kerahsiaan dalam organisasi Kerajaan dan Pertahanan, hanya mereka yang yang berpangkat tinggi sahaja mempunyai akses terhadap maklumat bertaraf sulit, rahsia dan rahsia besar.

PAS berharap agar agensi Keselamatan Negara membuat kajian semula tentang tahap keselamatan yang ada. Rakyat memerlukan satu jaminan yang kondusif terhadap tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dinegara maju seperti Jepun pasti akan meletakan jawatan jika perkara sebegini berlaku, adakah Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Malaysia perlu dibiarkan sahaja sedangkan ini adalah insiden kedua yang melibatkan kecuaian yang besar dibawah pentadbiran mereka.

PAS mahu Kerajaan mendakwa dan memberikan hukuman yang berat kepada pengkhianat negara yang terlibat dalam kes ini.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

DimanakAH KeadiLan UmnO?

Wartawan Subky Latiff pernah menulis sebuah rencana dalam Mastika sekitar 1970-an berhubung skandal rasuah bekas MB Selangor Dato' Harun Idris.Skandal itu melibatkan wang Bank Rakyat untuk menaja pertandingan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka pada 1975. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya Harun dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.

Mengulas peristiwa skandal tersebut, tersiar rencana Pak Subky berjudul, 'Harun jatuh, Ali pun jatuh'. Atau, judul rencana mungkin adalah sebaliknya, 'Ali jatuh, Harun pun jatuh'.

Saya pun kurang pasti. Tapi, apa yang pasti, Mastika pada saat itu, adalah santapan akliah insan cendekia, hidangan minda kalangan intelektualis, tak seperti sekarang.

Puas juga saya cari rencana itu, tetapi tidak berjumpa. Mungkin Pak Subky boleh menulis semula kisah tersebut dengan rapi. Saya tertarik dengan judul itu kerana, kejatuhan Menteri Besar itu kemudiannya disusuli pula dengan kejatuhan peninju terkenal, Muhammad Ali.

Demikianlah.. apabila sudah silap cara dan kaedahnya sejak daripada mula.. orang yang hebat pun boleh tumbang.

ImageTulisan ini bukanlah mahu meriwayatkan isu Harun Idris dan Muhamad Ali. Cuma ada pertalian antara kejatuhan Wan Farid di Kuala Terengganu dengan kejatuhan Aspirasi Umno di Universiti Malaya baru-baru ini.

Kejatuhan Umno bukan perkara baru. Sejak 8 Mac, berlakunya apa yang dinamakan 'tsunami politik' dan kemudian disusuli peristiwa gelap Umno di Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu yang menyaksikan Dato' Seri Anwar Ibrahim menumbangkan calon Umno-BN; Arif Shah.

Paling mendukacitakan Umno, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Abdullah, Najib ialah ketika tersiarnya berita Arif Shah mahu beralih parti pula selepas beliau tewas. Sekali lagi, maruah Umno tercabar dan imejnya tercalar. Orang yang diharapkan dapat menyalakan imej sempurna kepada BN, akhirnya berura-ura mahu 'murtad' parti.

Pendek kata, bagaikan teori atau permainan domino, imej dan maruah Umno rebah satu persatu kerana rakyat kita mahukan pembaharuan dan masyarakat Malaysia umumnya mahu mengirim isyarat supaya Umno segera berubah ataupun kekuasaan mereka bakal tercabut seluruhnya atau kekuatan itu tercabut satu persatu dalam masa yang perlahan dan mengambil tempoh yang agak lama. Itu semua bergantung kepada Umno sendiri untuk membuat pilihan.

Aspirasi Umno di UM jatuh?
Dan, demikianlah yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini. Kira-kira 4:15 pagi, pengumuman telah dibuat oleh suruhanjaya pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Keputusan yang menggemparkan itu, khabarnya telah pun memihak kepada kumpulan Pro Mahasiswa di universiti itu. Kalaulah benar, hasil titik peluh dan letih lelah mereka selama ini terbayarlah sudah.

Namun ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan. Pertama, hendaklah disebutkan dengan jelasnya bahawa kemenangan itu tercipta setelah Pro Mahasiswa telah dihina dengan kepala khinzir di atas bendera PAS diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam (Api) baru-baru ini. Ayatnya mesti begitu. Jangan semata-mata berkata, "Kami telah menang!"

Ayat semacam itu tergantung. Ia tiada unsur dramatik, tidak mencengkam perasaan, tiada klimaks, sifar kombinasi susur galur plot perjuangan dan kelihatan sama seperti perjuangan di kampus-kampus lain. Sedangkan, kejadian ini sebenarnya boleh dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan kalau mahu isu penghinaan ke atas Pas itu diperdebatkan segera.

Ketika kita marahkan Israel, Amerika dan Zionis, bendera negara haram Israel itu dibakar dan bendera Amerika dipijak, diinjak-injak oleh para demonstran. Namun, ketika bendera parti Islam yang berjuang menegakkan Negara Islam dihinakan dengan meletak kepala khinzir di atasnya, kita boleh diam membisu seribu bahasa pula.

Baiklah, hal itu terserahlah kepada pucuk pimpinan parti sama ada mereka mahu mengambil tindakan atau tidak.

Hal berikutnya yang perlu diberi perhatian, adakah jumlah bilangan kerusi Pro Mahasiswa benar-benar mengatasi kerusi Aspirasi? Atau, cuma calon Umum sahaja yang mendapat banyak undian. Sejarah di Upsi cukup memberi pengajaran. Di USM, dengan kekurangan 1 kerusi (15-16) di pihak Aspirasi sekali pun, mereka boleh 'rampas' MPP USM sekitar 2004/2005.

"Bantahan demi bantahan banyak dibuat awal pagi tadi," kata seorang teman dengan gembiranya. Saya sudah menjadi fobia untuk bergembira. Sepatutnya pada malam pengiraan undi, kita mesti perhatikan kelibat TNC. Dengan siapa beliau sedang bercakap, berbual dan berbincang. Perhatikan, apakah wujud garis-garis kekerutan pada wajahnya.

Jika dia bergembira walaupun kita berasakan keputusan akan memihak kepada kita, berawaslah segera. Mereka ini panjang akal, penuh tipu helah dan tipu muslihat. Mungkin anda tidak percaya, tapi saya bercakap atas pengalaman.

Ketika ini saya tidak tahu apakah maklumat yang sempurna daripada Universiti Malaya. Hanya.. doa saya selalu bersama anda. Jangan kita angkuh, 'over confident' dan sangat gembira kerana khuatir akan mendapat berita yang mendukacitakan kita kelak. Ini baru fasa kedua, iaitu fasa ketika pilihan raya.

Kita baru melangkah ke fasa ketiga-selepas pilihan raya, dan kita pun tak tahu apa lagi sekatan demi sekatan yang akan disusun oleh HEP.

Apa-apa pun saya berkongsi kegembiraan ini bersama saudara dengan penuh kerisauan yang bersarang di dada. Marilah kita kenangkan semula sebuah hadis berhubung 'jihad hawa nafsu' sebagai muhasabah.

Saat baginda Rasulullah s.a.w mendengar bualan dan perkataan para sahabat tentang jumlah musuh-musuh yang mereka bunuh, baginda bersabda, "Kita baru pulang daripada perang yang kecil dan kini kita sedang menuju perang yang lebih besar."

Para sahabat terkejut besar. Tergambar di ruang mata mereka betapa kilatan mata pedang mereka disuluh sinar mentari sebentar tadi bersama percikan darah syuhadak dan musuh Islam.

Suara-suara pekikan takbir serta raungan musuh bergema mengisi kesifaran sepi di padang pasir. Alam seakan dibancuh warna merah darah. Dan.. semua itu masih dilihat baginda Rasul sebagai sebuah peperangan yang cuma bertaraf kecil-kecilan baginya?

"Apa..selepas ini..ada perang lagi yang lebih besar ya Rasulullah?" pantas mereka bertanya, hampir serentak.

"Benar.." kata Rasulullah s.a.w, lalu baginda meneruskan sabdanya, "iaitu perang ke atas hawa nafsu."

Baginda Rasul mungkin mahu menegur para sahabat agar tidak lagi bersikap takbur dengan menghitung-hitung berapa ramai musuh yang telah mereka penggal kepalanya. Jangan berasakan diri kuat, membanding-bandingkan kehebatan sesama mereka dengan menghitung-hitung berapa ramaikah musuh yang masing-masing telah mereka tewaskan dalam pertempuran tadi.

Keangkuhan, kesombongan, kecongkakan, kebongkakan, kepongahan dan ketakburan akan membinasakan diri seumpama Umno yang selama ini takbur dan suka 'sembang deraih' dan 'sembang kemaih' berhubung kekuatan mereka di media sebelum ini. Sikap melampau-lampau inilah yang menyebabkan rakyat menjadi bertambah meluat dan menyampah.

Kemenyampahan rakyat dan pengundi itu bukannya tidak boleh terpalit ke atas kita, kalau kita bersikap takbur seumpama mereka. Janganlah diulangi kesilapan Umno dan Aspirasi. Kelak kita akan dimarahi, disumpahi rakyat dan pengundi yang sudah pun memilih kita sebelum ini. Sekian dengan itu, wassalam..

Apa MotiFnyA ya?? SPRM

SPRM adakan perjumpaan dengan media alternatif


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengadakan perjumpaan tertutup dengan media alternatif bagi memberi taklimat dan mengadakan perbincangan dua hala untuk meningkatkan kerjasama dalam pencegahan rasuah.

NONEMenurut kenyataan SPRM hari ini, perjumpaan yang julung kali diadakan itu dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed dengan pengarang media alternatif di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Pihak media alternatif yang hadir terdiri daripada akhbar Harakah, Harakah Daily, Merdeka Review, Rocket, Suara Keadilan, TV Selangor, MalaysiaKini, Malaysian Insider dan Konsep Era Pakatan.

"SPRM berharap perjumpaan seumpama ini dapat dijadikan medan perbincangan dua hala di antara SPRM dengan pihak media agar aspirasi suruhanjaya itu untuk meningkatkan keyakinan dan memperbaiki persepsi masyarakat terhadap pencegahan rasuah berasaskan kebebasan, ketelusan dan profesionalisme dapat dicapai," menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM perjumpaan seperti itu akan diadakan dari semasa ke semasa bagi membina hubungan baik di antara SPRM dan media.

Selasa, 2 Februari 2010

mengungkiT Kenangan dulu, antara UMNO, POLIS dan MASJID



ini adalah senjata anjing-anjing kerajaan umno dlm memerangi umat islam di negaranya sndiri,, yang berdiri itu adlah salah satu jenis bom pemedih mata y dilemparkan terus kearah rakyat,, y menirap itu sejenis klonsong pluru pemedih mata,,

alkisahnya,,

satu ceramah y diadakan di kampung pR,, iaitu bt6 trg, swktu itu,, ceramah y spatutnya diadakan di sbuah padang bola batu 6, semasa ia berlangsung, kami diarahkan untuk segera tamatkan program yang sepatutnya tamat jam12tgh mlm, dengan kehadiran rakyat, yang dianggarkan 5ribu org, pelbagai kaum, kami terpaksa berpindah ke masjid batu 6, dlm susana aman, kami semua berkumpul untuk mendengar ceramah oleh 3 org pencemah,, kehadiran FRU yang sudah diduga iaitu jentera kerajaan untuk melaksanakan misi umno dlm merosakkan program ceramah yang aman,, suasana malam itu suram dgn kehadiran 6 biji trak FRU, iaitu sbuah trak penyembur pemidih mata, 2 buah bus, n 3 buah trak mmbawa penumpang anggota mybe sermai 100org atau lebih,,

kami diberi amaran spaya tidak membuat ceramah di padang bola, kami akur dgn perintah, n kami ingin aman dgn mengadakannya di masjid batu enam,, apabila berlangsung cermah didlam masjid, tentera umno ini pula menembak kearah masjid dgn sgala bom y ada dgn mereka,, kami smua bertempiaran lari, tetapi,, dgn bantuan Allah, kami dgn smagat juang kami, alhamdulillah,, kami berjaya melawan dgn izin Allah,, hanya batu n kayu menjadi senjata kami,, kami berusha untuk menghalang mereka yang terus-terus menerus menyerang masjid kami,,

dengan berkat pertongan Allah kpd kami,, kami didtgi beribu org,, smua muda2,, kami xknal mreka,, mgkin ini lah dinamakan pertolngan Allah,, mybe malaikat y dtg malam tue,, sbb,, ramai sgt2,, kami smua cma bleh dianggarkan hanya 500 org,, tapi,, dlm sekelip mata shaja,, mnjadi melebihi 2000 pemuda,, alhamdulillah,, dgn kehadiran tentera Allah,, kami menang ngan kejayaan FRU tersebut lari terlitang pukang,,

kecederaan pada malm itu,, seorg baby hmpir sesak nafas, org2 tua masuk spital lebih dri 15 org,, cermin n bumbung rumah pecah akibat tembakkan,, y mninggal dunia pun ada pada malam itu, mybe bersbab je ngan kejadian, sudah ketentuannya, seorg warga emas pengsan n dimasukkan kehospital, 3 hari slepas itu meninggal dunia,,
, al-fatihah


kejaiban pada malam itu,, pemuda muncul dri mana xtau,, mak cik n warga emas tolong menolong dlm mmbahagikan batu2 tuk diblingkan kearah FRU, FRU lari ketakutan, ketua polis y mngarahkan tindakan malam tersebut kemalangan jalan raya selepas peristiwa itu, jentera FRU rosak hapir 30 ribu,, 18 org FRU masuk spital, pjabat uMno kwsan dipecahkan kerana didakwa menangkap dan menyimpan penyokong PAS didlm bangunan itu,,,

selpas kejadian itu,,

FRU dtg dri daerah sekitar dan dari kemaman, dengan khadiran 12 jentera, smua pemuda y berhimpun di kdai berhmpiran dipukul n dirosakkan motonya,, polis2 mncri pemuda2 y berkaitan, tetapi, kami smua sudah bersurai selepas mendapat maklumat awal tetang akan kehadiran FRU dan polis untuk menangkap semua yang terlibat, tidak lama selepas peristiwa itu, mereka mmbatalkan hasrat mereka slepas ketua polis mereka mati xcident sekeluarga,,

sebelum dri peristiwa tersebut,, permit untuk mmbuat ceramah or majlis agama xdilulus kan oleh kerajaan,, byk tempt2 lain dibom ngan pemedih mata, tetapi berlainan ditempat kami, iaitu, sudah diberi permit, tetapi ditarik balik disaat akhir, poster dah diletakkan, segala hebahan pun sudah diedarkan, tetiba ditarik dengan alasan, tepat tidak strategik, dari dulu lagi kita buat di padang bola itu, tetapi kenapa hnya sekarang ia baru tidak strategik.. selepas itu, pemuda bangkit dibatu enam terengganu,, alhamdulillah,, selepas dri peristiwa di batu enam itu, permit terus mudah tuk perolehi, itulah dinamakan hikmah dlm perjuangan,, mmg menakjubkan,, kami xknal siapa y dtg menolong, n spa disisi kami,, y pasti,,, mlm itu kami didatangi tentera Allah y menakjubkan,,

insiden dibatu 6 ini,, adalah di antara y terburuk pihak kerajaan malaysia buat terhadap pembangkang,, diantara tragedi y xdpt dilupakan jgak,, meruntuhkan sebuah masjid dibujal dgn kerakusan tanpa belas kasihan, masjid tersebut didirikan oleh rakyat n sumbangan tabung2 derma, masjid itu dibina atas tanah masjid, tetapi,,, kejahatan n hasad dengki mereka, krn masjid itu lebih ramai ma'mumnya dri masjid negri dan krn masjid itu diimarahkan oleh pembangkang berserta ngan kuliah2 n ceramah agama,, itu lah y xdisukai puak2 umno,, mrka benci n xsuka islam ini berkembang,,,,,,


wassalam.,

Sedikit tatapan rohani untuk Kita semua


Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?'


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu..


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan..


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

Dasar Pakatan Rakyat

Muafakat Rakyat

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

19 Disember 2009

1. Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153
  2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
  3. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
  4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
  5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
  6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan Kuasa

Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
  2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.
  3. Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
  4. Mewajibkan perlantikan jawatan- jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
  5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
  6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
  7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.
  8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
  9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
  2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
  3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
  4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
  5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
  6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi Kemahiran Tinggi

b. Ekonomi Demokratik dan Telus

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

e. Tenaga Kerja

f. Jaringan Perlindungan Sosial

g. Perumahan

h. Prasarana dan Kemudahan Awam

i. Alam Sekitar

j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau



a. Ekonomi Kemahiran Tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
  2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
  3. Menggalakkan warga negara yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik.

b. Ekonomi Demokratik dan Telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
  2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
  3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
  2. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
  3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
  4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
  2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
  3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
  4. Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
  5. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
  6. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga Kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
  2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
  3. Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
  4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
  5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
  6. Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
  7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan Perlindungan Sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
  2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
  3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:

  1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
  2. Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
  3. Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;
  4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;
  5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
  6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
  7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan Kemudahan Awam

Penyediaan dan penyelenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
  2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
  3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
  4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
  5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
  6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:

  1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
  2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
  3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
  4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
  5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kitar semula yang menyeluruh.
  2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel suria dan sel fuel hidrogen.
  3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.
  4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

a. Perpaduan dan Keadilan Sosial

b. Agama

c. Pendidikan

d. Wanita Dan Institusi Keluarga

e. Golongan Muda

f. Keselamatan

g. Kesihatan

h. Kebudayaan


a. Perpaduan dan Keadilan Sosial

Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
  2. Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  3. Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
  4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
  5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
  6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
  7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

b. Agama

Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

  1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
  2. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
  3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes- kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
  4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
  5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

c. Pendidikan

Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
  5. Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
  6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak;
  7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
  8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
  9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
  10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
  11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
  12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
  13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

d. Wanita Dan Institusi Keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.
  2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
  3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
  4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
  5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
  6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
  7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
  8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
  9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

e. Golongan Muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
  2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
  3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam
  2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
  3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
  4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
  5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
  6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
  7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

g. Kesihatan

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.
  2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
  3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
  4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

h. Kebudayaan

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

  1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
  2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
  3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

4. Hubungan Persekutuan - Negeri dan Dasar Luar Negara

a. Sistem Persekutuan

b. Sabah & Sarawak

c. Dasar Luar Negara


a. Sistem Persekutuan

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
  2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
  3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

b. Sabah & Sarawak

Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
  2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.
  3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
  4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

c. Dasar Luar Negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
  2. Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.
  3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.
  4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.