Pakatan Rakyat PRU13

Pakatan Rakyat PRU13

Isnin, 31 Mei 2010

Tindakan Najib Lemah lagi Lembab! - Malu gua Negara islam mcm nih!!

Apa nak di heran kan,,, Semua org boleh agak lah, najib punya tindakannya mcm tue,, Lembab, dan sgt2 lemah!, berlakunya pada jam 10.30 pagi, tapi,, kenyataan media pulak jam 8mlm,,, ahhhhh,,, malu nya aku!, piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii raaaaaahhhhhhhh najib ngan rosmah quin kontrol!!!

gua dan seluruh rakyat melayasia! bagi tempoh 48jam bagi beliau utk buktikan kesungguhan beliau menangani msalah ni!,,

sebagai mana berita malaysiakini...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.

Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau.

Doakan Mereka! - Kekejaman Yahudi Laknatullah...

Syeikh Raid Solah, tokoh pembebasan Palestin, yang berada dalam kapal Mavi Marmara dalam misi konvoi Freedom Flotilla mengalami cedera parah setelah di serang oleh pasukan Israel. Beliau dilaporkan menjalani operasi rawatan akibat serangan tersebut.

Dilaporkan juga seorang lagi tokoh yang ikut tercedera akibat serangan Israel adalah Dr. Hani Sulaiman, Ketua Utusan dari Lubnan, yang bergabung dalam armada bantuan kemanusiaan tersebut.

Manakala Al Jazeera melaporkan, bahawa 15 aktivis dari Turki yang ikut serta bersama konvoi kemanusiaan tersebut meninggal dunia akibat serangan kejam Israel terhadap kapal Mavi Marmara, yang mengepalai perjalanan penyaluran bantuan untuk Gaza. Al Jazeera melansir, bahwa 15 relawan dari Turki yang ikut serta bersama “Armada Kebebasan” meninggal, disebabkan serangan brutal Israel terhadap kapal Mavi Marmara, yang memimpin perjalanan penyaluran bantuan untuk Gaza. (jzr/hc/tho/hp)

HALUAN Malaysia - Kenyataan M edia..

Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa

PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Rabu, 26 Mei 2010

Perniagaan Paling HangaT! - Warga Emas Melayu Contohi Anak-anak Muda..

Bisnes nih, memang bisnes lagu nih orang muda zaman sekarang sangat sukakannya, lebih-lebih lagi, zaman akhir zaman, Kerja lagu nih Memang kena panjang Akal, kalo tak.. Susah datang hinggap atas kepala,,

Melayu bangkit.. Tapi,, masih hanya melayu yang buat bisnes nih, cina jugak yang beruntung! itu cerdik akal cina, bukan kerana dia bangsa cina, tetapi,, yang selalunya cina yang bijak menilai, kalo melayu ingin setaraf dengan kemajuan cina, melayu harus bangkit bersaing, bukan menentang mereka!

nenek nih, bukan tak faham agama, bukan tak reti bahaya bisnes nih, bukannya tak tau risiko bakal hadapi.. mybe lah, sebab tak de kije kat malaysia, lagi pula nenek nih Tinggal di rumah yang dikelilingi pokok ketum memberi peluang untuk menjana pendapatan segera, akhirnya terbongkar apabila kegiatannya itu dihidu polis.

sebagaimana kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, serbuan dibuat kira-kira jam 4 petang itu, seorang wanita berbangsa Melayu yang berumur 51 tahun sedang memproses daun ketum di rumahnya di Parit 4, Chenderong Balai.

Menurutnya, polis turut memberkas enam lelaki Melayu yang sedang ‘menikmati’ air ketum itu di luar rumah suspek.

“Dalam serbuan berkenaan, kita menemui satu guni plastik berisi daun ketum seberat 11 kilogram dan 40 peket plastik lut sinar dengan berat setiap satu antara 2.3 gram hingga 2.6 gram dipercayai berisi air ketum yang siap diproses.

“Ia adalah tangkapan kedua bagi tahun ini melibatkan kegiatan memproses daun ketum. Kita nasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan ini kerana ia satu kesalahan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mic Tinggalkan Bee End Harbi Join PAS?

wah,, isu hangat nih, macam tak percaya aja, mic akan sokong pas, lagi mudah untuk pakatan rakyat naik ke putrajaya! kelab Penyokong PAS akan memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan penerangan berkaitan PAS!

tapi... belum jadi kenyataannya lagi, mybe semua nih akan berlaku tak lama lagi, insyallah,, MIC dan pengikutnya akan sedar dari lamunan mimpi indah, Bn sekarang makin tertekan dengan isu2 bertindih, dan UMNO cuba untuk menguasai seluruh jentera BN untuk UMNO! yang memperjuangkan kebangsaan!!

petikan..

Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam menyeru masyarakat India, khususnya ahli MIC supaya meninggalkan parti perkauman itu dan menyertai DHPP menyokong PAS.

Menurutnya, MIC kini sedang retak menanti belah akibat krisis kepimpinan dan dilihat sudah tiada masa depan, apatah lagi dengan penguasaan presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu yang dilihat sudah tidak mampu meneraju MIC.

“Kalau Samy jadi Presiden 10 tahun lagi pun, apakah keuntungan untuk masyarakat India,” soal beliau.

Sesuai dengan selogan 'PAS untuk semua', PAS katanya mengormati semua kaum dan terbukti dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada DHPP.

“Jika ada perselisihan, maka kami diminta merujuk terus pada Presiden (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS akan laksana keadilan seperti yang Islam ajar,” jelas beliau lagi.

Katanya, Islam yang dibawa PAS tidak pernah meminggirkan hak mana-mana kaum malah disuruh menghormati serta membela semua kaum yang tertindas, seperti kaum minoriti India dan Cina.

Dalam perkembangan yang lain, beliau turut menempelak kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee beberapa hari lalu, kononnya PAS terpaksa mengemis sokongan masyarakat bukan Islam dengan menubuhkan DHPP.

“Itu dia (Syed Ali) yang kata, kami sebenarnya berminat dengan perjuangan keadilan yang diajar dalam Islam, diperjuangkan oleh PAS selama ini.”

“Di kalangan kami yang berbangsa India kebanyakannya tidak berminat dengan MIC, Umno yang zalim pada kaum-kaum bukan Melayu pun kami tak minat,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat India yang kian muak dengan MIC untuk bersama dengan PAS ke arah masa depan yang lebih terbela.

Selasa, 25 Mei 2010

Berita penting! - Takot terlepas pandang>>> Sarawak: BN bakal Dihukum?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bertolak dengan jet dari Kuantan sesudah merasmikan Hari Guru Peringkat Kebangsaan menjelang senja, ke bandar 270,000 penduduk itu.

Tetapi beliau tidak pun menjejakkan kaki ke Dewan Suarah, tempat undi dijumlahkan dan pemenangnya diisytiharkan. Hasrat beliau tentu untuk meraikan kemenangan BN yang benar-benar ingin membuktikan bahawa kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang turun berkempen tiga kali, diterima oleh rakyat.

RM400 juta ditaburkan

Namun, Muhyiddin difahamkan bertolak balik ke Kuala Lumpur sebelum jam 9 malam sesudah mengetahui bahawa calon DAP, Wong Ho Leng mendahului calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Robert Lau Hew Yiew.

Keyakinan BN untuk memenangi kerusi itu bukan tidak berasas, mengambil kira jumlah wang yang disalurkan dan janji yang ditaburkan kepada pengundi. Dikatakan lebih RM400 juta dijanjikan untuk pelbagai projek pembangunan bagi menakluki minda dan jiwa pengundi.

Pada hari terakhir sebelum hari mengundi 16 Mei lalu, pemimpin BN mendapat maklumat daripada risikan dan instrumennya bahawa calon mereka masih mendahulu DAP sekitar satu peratus.

Presiden S

UPP Tan Sri George Chan Hong Nam dan pemimpin BN Sarawak menyifatkan kekalahan itu sebagai kekalahan kecil. Bagi mereka, seekor ayam yang berkokok tidak semestinya menandakan hari akan siang.

Mereka menasihati DAP supaya tidak terlalu yakin dan angkuh dengan kemenangan itu. Bagi BN, itu bukan bermakna bahawa kunci ke Petrajaya dan Putrajaya akan terlepas daripada tangan mereka.

Bagi DAP kemenangan itu memberi keyakinan dan semangat tinggi untuk melebarkan pengaruhnya dalam pilihan raya negeri nanti. Dalam pilihan raya lalu DAP mememenangi kerusi di bandar Kuching, Meradong dan Bukit Assek, Sibu.

Seterusnya, Miri?

DAP menyimpan azam tinggi untuk menakluki kerusi negeri dan Parlimen di Miri yang sejak sekian lama menjadi kubu kuat BN. Tetapi dengan trend dan pola pengundian yang diperlihatkan di Sibu, terutama dalam kalangan pengundi Cina, dapatkah SUPP, parti tertua Sarawak itu terus dengan keyakinan bahawa Miri akan terus dikuasainya?

Dari segi pecahan undi, pengundi Cina menyumbang sebanyak 66.7 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Sibu. Dalam pilihan raya kecil lalu, terdapat peningkatan yang ketara, daripada 62 peratus pada pilihan raya umum 2008 kepada 69 peratus menyokong DAP.

Mati-matian pemimpin SUPP dan pemimpin negeri mengatakan bahawa trend di Hulu Selangor dan di Semenanjung tidak mungkin berlaku di Sibu dan Sarawak. Kekalahan di Sibu merupakan tamparan hebat kepada SUPP dan pimpinan Ketua Menteri. Bagi SUPP, ia merupakan pil pahit yang perlu ditelannya menjelang pilihan raya negeri.

Mereka lupa bahawa pengundi Cina di Sarawak sebenarnya mendahului pengundi Cina di Semenanjung apabila enam kerusi bandar dikuasai SUPP terlepas ke tangan DAP pada 2006.

Mereka bagai tersentak apabila pengundi Cina langsung tidak mempedulikan rayuan dan gula-gula yang dihulurkan oleh Najib menjelang pilihan raya, termasuk bantuan RM18 juta kepada sekolah Cina dan sekolah menengah bantuan Methodist.

Mac, April 2011 - Pilihan Raya Sarawak?

Bagi mereka, bantuan itu adalah hak mereka, dan datang terlalu lewat ketika banyak lagi sekolah serupa tidak menerima bantuan di seluruh Sarawak.

Peningkatan sebanyak 4 peratus undi di kalangan orang Iban juga bukanlah sesuatu yang signifikan dan dapat dibanggakan sangat jika diambil kira jumlah menteri dan pemimpin politik BN yang turun ke bawah dan jumlah peruntukan yang disalurkan di kalangan penghuni rumah panjang ketika tempoh berkempen.

Kemenangan DAP menyebabkan SUPP semakin risau akan nasibnya dalam pilihan raya negeri yang kini perlu dianjakkan.

Besar kemungkinan pilihan raya Sarawak diadakan sekitar bulan Mac atau April tahun depan. Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri sejak 29 tahun lalu, dan baru meraikan hari jadi ke-74 pada 21 Mei lalu, tidak akan berani mengambil risiko parti BN itu terus dilibas oleh DAP.

Ketua Menteri paling lama memerintah di Malaysia itu ingin membuktikan bahawa kepemimpinan beliau terus diterima oleh 2.5 juta rakyat Sarawak, dan kegagalan BN memenangi sebarang kerusi bukan petanda bahawa rakyat benci kepada beliau biarpun terdapat kain rentang di Sibu yang berteriak 'Undi SUPP=Undi Taib' dan 'Bye-bye to Taib's Dynasty'.

Mungkinkah SUPP akan dicampakkan oleh masyarakat Cina sama seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung? Jika parti yang ditubuhkan pada 1959 itu gagal mmembaiki kelemahannya dan gagal memenuhi aspirasi masyarakat Cina, jangan hairan ia akan menerima padah.

SUPP bakal menghadapi tentangan sengit di kerusi bandar dan berdepan dengan kekalahan di beberapa kerusi lain termasuk di Pelawan, Sarikei dan Dudong. Dalam pilihan raya negeri 2006, SUPP hanya menang tipis di kerusi terbabit.

Jika perkara ini berlaku, DAP dapat menambahkan jumlah kerusi kepada sembilan dalam pilihan raya negeri yang dijangka semakin sengit berbanding 2006.

Dalam pilihan raya itu nanti, BN berdepan dengan pati komponan Pakatan Rakyat yang bersatu, terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PAS.

Semua kerusi pasti ditandingi, berbeza daripada sebelumnya apabila sebahagian kerusi dimenangi tanpa bertanding. Dengan kerjasama dan persefahaman parti komponen Pakatan Rakyat, BN tidak mungkin diberi laluan mudah. SUPP yang dibelenggu masalah kepemimpinan dan intrig dalaman dijangka gagal menyelesaikan masalah itu dan membaiki imejnya dalam tempoh singkat.

Kini, Pakatan Rakyat semakin mendapat momentum sesudah wakil rakyatnya, Dominique Ng (PKR-Padungan) dan Chong Chien Jen (DAP-Kota Sentosa) digantung selama 12 bulan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak minggu lalu. Seorang lagi ADUN Ting Tze Fui (DAP- Meradong) bakal menerima nasib yang sama.

Meskipun Wong Ho Leng pengerusi DAP negeri menyifatkan tindakan itu sebagai balas dendam terhadap keupayaan DAP memenangi kerusi Sibu, namun ia tidak lebih sebagai percubaan untuk menyekat suara lantang pemimpin pembangkang daripada mengkritik dasar kerajaan di bawah pimpinan Taib.

Dengan tindakan keras diambil terhadap wakil pembangkang itu, ia sebenarnya hanya menguntungkan DAP kerana masyarakat Cina tidak suka wakil mereka diperlakukan sedemikian. Isu itu hanya akan menyemarakkan kemarahan pengundi Cina yang tentu akan terus menyokong calon DAP. Justeru, jangan hairan, sekali lagi SUPP akan dihukum keras oleh pengundi Cina di bandar dalam pilihan raya negeri nanti.


Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang pernah menjadi pengetua sekolah. Beliau juga pernah menjadi ketua editor akhbar dan menulis lebih 50 buku serta 1,500 artikel yang disiarkan dalam pelbagai akhbar dan majalah tanah air. Beliau merupakan penerima Anugerah Buku Negara pada 2005 dan Penerima Anugerah Buku Unimas pada 2007.

Bidang kepakarannya ialah media dan politik. Penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak ini memperoleh PhD daripada Universiti Malaya pada 2008. Dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini, komen beliau banyak diminta oleh stesen TV dan akhbar tempatan dan nasional.

Malaysiakini.com

Esok! Hari Bersejarah.... Mari kita Tentang Habis-habisan!!!

Mulai esok, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya.

Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya.

Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.

Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama.

Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.

Pemberian lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.

Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.

Isnin, 24 Mei 2010

Wahhh.. PRK pulak Ker?? Doa Rakyat Mereka Senang..


ADUN Parit Raja - Johor

kawasan Kerdau - Pahang

Ahad, 23 Mei 2010

Hangat! Pelacuran halal pulak dah.... UMNO harbi..

dasyat lah malaysia skrg nih? bila UPCo ada kat belakang pemerintahan malaysia, smua dah menjdi sebijik israil, sungguh dasyat,, UMNO skrg cuba utk sogok wanita pelacur utk urus negara!!

Malaysia adalah antara sekumpulan negara yang memberi tekanan ke atas kerajaan Australia untuk menyiasat dakwaan rasuah dan urus niaga berkaitannya yang membabitkan satu syarikat yang separuh kepentingannya dimiliki Reserve Bank of Australia (RBA).

Syarikat pencetak mata wang polimer itu didakwa merasuah pegawai asing dan malah menawarkan pelacur di dalam usaha mendapatkan urus niaga mencetak wang kertas.

Akhbar The Age hari ini melaporkan syarikat yang berpangkalan di Melbourne, Securency International, kini disiasat Polis Persekutuan Australia (AFP) kerana didakwa terbabit membayar komisen jutaan dolar kepada orang tengah dalam usaha mendapatkan urus niaga mencetak wang kertas polimer dengan kerajaan asing.

Seorang bekas pekerja Securency yang kini menjadi saksi AFP memberitahu program hal ehwal semasa Four Corners ABC dan The Age bahawa beliau telah diminta seorang pengurus kanan untuk membantu menyediakan seorang pelacur Asia bagi timbalan gabenor satu bank pusat yang sedang melawat negara itu.

Saksi itu memberitahu Four Corners: "Lain kali, jika pegawai itu berada di sini, (saya diberitahu) saya perlu mendapatkan seorang pengawal peribadi, sambil mengangkat kening dan mengelipkan mata...iaitu pengawal peribadi seorang wanita Asia.

"Dia mencadangkan saya mungkin mahu mendapatkan seorang pelacur bagi salah seorang pegawai bank pusat itu semasa lawatan seterusnya ke Melbourne."

Saksi itu dilaporkan berkata dia tidak memenuhi permintaan mendapatkan pelacur itu tetapi percaya petugas lain mengatur ramai pelacur dari satu negara Asia.

Saksi utama polis itu didakwa telah diberitahu oleh orang tengah yang dibayar upah oleh Securency, bahawa dia berhasrat merasuah seorang gabenor bank pusat dari satu negara Asia.

Dalam satu nota diari yang diberikan kepada Four Corners dan The Age, saksi itu berkata orang tengah berkenaan memberitahunya pada 2007: "Gabenor itu akan lebih gembira jika komisen (pembayaran) itu dinaikkan."

Securency International yang diperbadankan pada 1996 adalah usaha sama antara RBA dan syarikat British, Innovia Films.

Syarikat itu membekalkan bahan polimer untuk mencetak wang di Australia dan 26 negara lain, yang termasuk Brazil, China, Hongkong, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Nigeria, Sri Lanka dan Thailand.

Adalah dilaporkan sebelum ini bahawa dua eksekutif tinggi syarikat itu berhenti pada hari yang sama satu audit yang sangat kritikal diumumkan.

Laporan itu mendapati bahawa sejak 2003 syarikat wang kertas itu telah membayar hampir A$50 juta komisen kepada satu jaringan ejen antarabangsa.

Akhbar The Age melaporkan kerajaan Australia telah menerima tekanan dari negara seperti Malaysia dan Nigeria untuk menyiasat sepenuhnya skop dakwaan rasuah dan urus niaga berkaitannya itu.

Akibat Curi - Remaja parah!

itu lah.. kan dah dapat balasan akibat mencuri, kalo ikutkan hati, biar koma terus budak2 yang kaki curik nie,, tetapi... islam tak ajaq mcm tue, dosa plak sapa2 yang terlibat dengan pukul budak nih, betul,, kita nak ajar mereka nih, tetapi, islam dah ada cara tersendiri!. kes nih mcm kes kat kampung gua, cian gua tengok pak cik yang selalu datang masjid gua, datang dari jauh, dah lah orangnya miskin harta, motosikal tue buat tanggung keluarga, bila kluar masjid, motosikalnya dilarikan orang macam budak nih!, teruk budak tue kena doa oleh pak cik tue,,

berbalik kepada kes budak nih,,

ceritanya mcm nih... Tindakan seorang penganggur mencuri komponen motosikal membawa padah apabila dia ditangkap oleh penduduk dalam satu kejadian di sebuah flat di Kampung Dusun Nyior, Kemaman, Ganu... Jumaat lalu.

Selain gagal melarikan komponen tersebut, suspek berusia 18 tahun turut cedera pada bahagian pipi, hidung dan tangan setelah bergelut dengan orang ramai yang cuba menangkapnya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, mangsa hanya menyedari komponen motosikalnya cuba dicuri setelah menerima panggilan daripada adiknya pada jam 3.30 pagi kelmarin.

“Adik pengadu memaklumkan bahawa penduduk kampung telah menangkap seorang lelaki kerana cuba mencuri motosikal lalu mangsa bergegas turun ke bawah flat untuk melihat keadaan sebenar,” katanya semalam.

Menurutnya, mangsa seorang wanita berusia 32 tahun melihat orang ramai menahan suspek, manakala motosikalnya yang diletakkan di flat berkenaan telah pun dileraikan komponennya.

Berikutan kejadian itu katanya, penduduk kampung bertindak menghubungi polis dan menyerahkan suspek yang berasal dari Taman Lembah Geliga, Kemaman kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Manoharan berkata, suspek turut dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan setelah cedera pada bahagian pipi, hidung dan tangan kerana bergelut dengan orang ramai.

“Suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mencuri komponen motosikal,” kata Polis tersebut....

Sabtu, 22 Mei 2010

Ucapan Tok Guru President PAS - PAS For ALL

Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

Hangat! Najib di Soal Siasat SPRM> mungkinkah PRK PEKAN dahulu sebelum Kerdau?

Aiseh,,, mcm biasalah, kita akn tau cerita nih akan tamat tak lama lagi, mahkamah kat maleysia nih, bukan mahkamah mewakili rakyat pun, kalo kes mcm nih, gaknya bertahan berapa lama yea? mybe esok lusa, najib dah pun bebas tuduhan tue, tengok ajelah, kalo pemimpin pakatan rakyat buat mcm nih, mesti ISA lah jawabnya....

nih artical dari malaysiakini...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu menlanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed (kiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

Jom Ke Perupok Bachok - Lokasi Judi Terbesar!

Semua pemuda dari pakatan rakyat, dan Umno dijemput hadir untuk sama2 bertandang ke tempat persembunyian, ketua judi malaysia! dan beliau juga lidah rasmi Perdana menteri malaysia! 1 malaysia = 1 israil, UMNO = APCO..

Selepas berdemonstrasi di lima negeri semalam, Pemuda PAS mahu menggiatkan lagi bantahan terhadap lesen judi bola sepak, termasuk berhimpun di kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Ketua pemudanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menggerakan kira-kira 5,000 orang bagi membanjiri Masjid Kampung Repek di Bachok, Kelantan pada 28 Mei, selepas solat Jumaat.

"Kita jangkakan 5,000 akan hadir. Oleh kerana ini bantahan daripada (rakyat) Pantai Timur, kita akan bawa bersama (peserta) daripada Terengganu dan Pahang," katanya.

Jumaat, 21 Mei 2010

RM2 - 2 bilion? atau rm15-20 bilion? Penyelewengan dan Pembaziran Wang Rakyat! - Tun Dr Mahathir Mohamad

Lagi kepincangan di timbulkan balik! memang UMNO dan BN nih membazirkan wang rakyat, dan mempergunakan wang rakyat demi kepentingan individu! dasar UMNO- Apco,,!!

malas gua nak cerita panjang, cubalah korang bca nih,..

Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.

Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

Khamis, 20 Mei 2010

Jawapan yang terbaik di Lafazkan Oleh Najib

Mudah sungguh jawapan yang diberikan oleh pak najib UMNO harbi, begitu ringkas dan padat untuk mudah kita memahami UMNO Harbi seluruhnya, jika ketuanya macam nih orangnya, tidak ada ketegasan dalam menghukum sesuatu yang sah HARAMnya disisi islam! tak malu kah orang-orang yang pandai ugama dalam UMNO harbi ini, ketuanya berkata macam itu?

Pak najib.. andai kau kata judi itu haram! HARAM kan ia! bukan membisu!

Pak najib.. andai kau kata judi itu HAlal! bagitau Rakyat,, Kat mana Leh dapatkan COP halal Judi nih? nanti senang kita nak dapatkan BaBi HalaL!

bila ditanya pak najib...

Tanya tentang Judi bOla...

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya),"

Tanya pulak bab kalah pilihanraya...

"It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah (Banyak sebabnya, tak boleh hanya ...tak apalah),"

Mudah sangat bahasanya... semua rakyat malaysia yang beragama islam dan bukan beragama islam, datang beramai-ramai berhimpun secara AMAN bagi menunjukkan BantahaN Anda! pada hari ini! jumaat 21hb 5 2010,

Judi Tetap HAraM!

PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara Hari INI, jumaaT, selepas solat jumaat, bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Protes yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu.

ahli jawatankuasa PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya tidak memohon permit untuk perhimpunan itu kerana ia akan dibuat "secara aman di dalam perkarangan masjid".

Menurutnya, demontrasi itu dijangka turut dihadiri kepimpinan Pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Selasa, 18 Mei 2010

Ahli parlimen Kinabatangan - Dipenjara! PRK pulak ker nih??

ahaks,, kita akan ke sabah pulak, pastu akan ke pahang pulak, ahaks,, kita berhari raya sakan tahun ini, rakyat dikawasan yang ada YB meninggal dapat habuan, yang masih segar-segar nih, rata-rata rakyat makin susah hati!

berita nih kelakar jugak nampaknya, itulah,, kalo tak de agama, dan tak de iman, smua nih akan terjadik, ish2,,

cuba korang bca sndri... dari malaysiakini,,

Ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Beliau
juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Jurunikah bagi perkahwinan itu pula, Ahmad Shahazami, yang juga abang kepada Zizie dihukum denda RM1,000 bagi kesalahan itu.

Dua orang adiknya, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam juga masing-masing didenda RM1,000 kerana bersubahat atas kesalahan itu.

Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki itu juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Dua yang lain, dipercayai rakan Bung Moktar -- Sahari Ahmad dan Titing Putang, didenda RM1,000 bagi satu kesalahan bersubahat bagi kesalahan tersebut.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir hari ini turut membuat kecoh apabila mereka tidak dibenarkan masuk sehingga ahli keluarga tertuduh dan wartawan masuk dahulu ke kamar mahkamah berikutan tempat duduk yang terhad.

Pada perbicaraan semalam NGO yang diterajui oleh kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

Bung Moktar Radin dijangka Akan mengosongkan kerusi parlimennya?

Jika ya, alhamdulillah,, jika tidak, doakannya, mana2 wakil rakyat UMNO harbi nak jatuh sakit, doakannya agar dia cepat-cepat tenat, lepas tue,, cepat-cepat sediakan penggantinya, adun kerdau mcm mna skrg yea, skrg dah ada bahang nya dah, pilihanraya kita lagi kot, ahaks,,

sedikit bacaan untuk kita baca,,, dari malaysiakini..

Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran.

NONESeorang jurucakapnya Maria Chin Abdullah (kanan) berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat.

"Bung Moktar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

"Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.

Tambahnya, Bung Moktar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Bung Moktar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.

Esok, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menetapkan hukuman kepada kedua-dua mereka dan saksi-saksi.

NONESementara itu, JAG menafikan tindakan mereka itu disebabkan dendam mereka terhadap ahli parlimen Kinabatangan itu.

"Tidak. Bukan disebabkan dendam. Kami sudah lama memerhatikan (gelagat beliau). Kami pantau (kenyataan-kenyataan) dia," kata Maria ketika ditanya mengenainya.

Bung Moktar yang memakai sut berwarna perak dan baju berwarna ungu ke mahkamah hari ini bagaimanapun kelihatan tidak endah dengan kehadiran kira-kira 10 orang aktivis JAG di situ.

Beliau juga sekadar ketawa kecil selepas meneliti kenyataan akhbar oleh JAG, yang diedarkan kepada wartawan sebelum itu.

Ketika ditanya Malaysiakini, Bung Muktar berkata beliau tidak melanggar peraturan.

"Saya sememangnya seorang pembuat undang-undang, bukannya (seorang yang) melanggar undang-undang," katanya.

Tambahnya, beliau tidak perlu memberi reaksi kepada kenyataan kumpulan wanita tersebut.

"Jika mereka inginkan jawapan, mereka perlu tanya di Dewan Rakyat. Saya tidak perlu jawab kepada mereka di sini," tegasnya.

Isnin, 17 Mei 2010

Demonstrasi Aman Bantah JUDI yang di HaLaLkan Umno Harbi!

Semua rakyat diminta untuk sama-sama dalam membantah judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan umno harbi,, UMNO nih lebih dasyat dari orang kafir zimmi yang berada dimalaysia, sebab itu sepatutnya, UMNO dinamakan UMNO harbi..

UMNO harbi secara terang-terang lawan hukum Allah, dan mempersendakan hukum Allah, tidakkah rasa malu ahli UMNO yang boleh dikata kan cerdik dalam ilmu agama? apakah tujuan kamu yang bertaraf ustaz UMNO mengusai ilmu agama, tidakkah kamu malu dengan Allah, mungkin kah tujuan kamu mempelajari ilmu agama, hanya mencari kesenangan di dunia sahaja!

amatlah malu! andai pilihan kamu untuk menjadi ulamaK UMNO harbi! yang menghalalkan judi, arak dan zina! sebelum ini, kes lesen arak! Kes halal zina jika darurat! sekarang plak timbul kes halal judi sebab terpaksa?...

semua rakyat wajib hadir ke demonstrasi ini! bagi menunjukkan Anda tidak halalkan kerajaan dengan judi! tarikh akan dimaklumkan nanti,,

Berita malaysiakini,,,

PAS akan sekali lagi menganjurkan perhimpuanan bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala Dunia yang bakal berlangsung Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan dianjurkan oleh dewan pemuda PAS pusat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pertubuhan Islam yang lain.

“Perhimpunan kali ini akan berarak ke Istana dan semua rakan ahli Pakatan Rakyat serta NGO akan turut dijemput hadir ke sana,” kata ketua pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Menurutnya, perbincangan awal telah dijalankan dengan ketua pemuda PAS pusat, Nasaruddin Tantawi bagi mengadakan perhimpun lebih besar dan bersepadu.

“Selain itu juga, PAS turut menjemput semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama kerana isu ini melibatkan semua kaum di Malaysia

“Kita sememangnya menolak kelulusan judi ini, walaupun dengan alasan sebagai membasmi perjudian haram,” katannya.

Katanya lagi, PAS juga menolak pandangan kerajaan bahawa judi hanya diharamkan kepada umat Islam dan rakyat bukan Islam dikorbankan supaya kerajaan boleh menghalalkan judi itu.

“Mereka yang bukan Islam juga menolak judi, jadi tiada sebab kerajaan perlu menghalalkan perkara yang haram ini,” katanya.

Menurut Herman, tarikh perhimpunan itu belum ditetapkan dan akan dimaklumkan dalam tempoh yang terdekat.

Sehubungan itu juga, semua ahli PAS diminta bersiap sedia untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran berkenaan.

Jumaat lalu, lebih 500 orang berhimpun di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas selesai solat Jumaat bagi membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu dan juga penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Kementeri Kewangan secara rasminya pada 11 Mei lalu, menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Ugutan Atau PaksaaN - Surat terbuka untuk NAjiB altantuya...

Nampak sangat ko najib nih jenis yang tak bertimbang rasa, ugut sana, ugut sini, paksa orang sokong dia, ape kes macam nih?

hak rakyat, ko kena tunaikan, ko patut beri kemudahan pada rakyat! bukan kerana sebab-sebab tertentu ko baru tunaikan!, kalo macam nih, baik rakyat doakan agar ko pegi kubur cepat2, agar rakyat tempat ko leh dapat hak mereka!

ko dah ajar rakyat terima rasuah, ko ajar rakyat dengan rasuah, macam mana ko nak basmi rasuah?

ape kejadah ko buat semua ni hanya untuk sementara waktu? ko ingat, ko leh hidup lama kat dunia, tak macam makhluk lain yang akan mati jugak nanti, dan mendapat balsan di akhirat kelak?

bertaubatlah,, rakyat sedang menilai kamu sekarang ini, PRU 13 nanti, ko akan terima akibatnya,,,

nih petikan dari berita malaysiakini...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.

Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.

"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.

"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.

Ahad, 16 Mei 2010

Barisan Nasional Harbi - MAsa dEpan selepas PRK SIBU

Keputusan PRK sibu Kali ini, sudah memadai untuk menilai, sejauh mana pemikiran rakyat sabah dan sarawak pada PRU nanti, dahulunya, PAS dihalau, di fitnah dan dicemuh rakyat sarawak dan sabah, tettapi,, kini semua berita berada di jari rakyat, rakyat menilai dan berpengetahuan dalam memilih pimpinan yang bersih dan segar,

PAS hari ini tanpa rasa takut, untuk bermesra dengan rakyat sarawak dan sabah, minum satu meja dan berbincang tetang masalah kampung masing-masing sudah menjadi kebiasaan sekarang ini, masayrakat cina dan agama selain dari islam, terang-terang menunjukkan kesediaan bersistem perundangan islam yang adil dan saksama, tidak spertimana undang-undang zionis buatan UMNO,

PAS sebuah parti islam, sudah diterima dan dibuat sahabat dengan orang bukan yang beragama islam, kerana mereka ini yakin dengan kemampuan PAS dalam menjalankan undang-undang islam yang berteraskan ADIL dan AMANAH,

Gelombang KE 2 sudah muncul! kejatuhan BN akan berterusan kelak, Lompat si Lompat akan terus melompat, rakyat makin muak dengan cara BN, PRU bakal kita saksikan kejatuhan merundum 100% malaysia tanpa BN!

Sibu - Terkini Lagi! Debaran Kian Terasa ...

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

Lagi Berita terbaru dari sibu - keputusaan terkini!

10.35malam: SPR dijangka mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu dalam tempoh 10 minit lagi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

keputusan Semasa Pilihanraya SibU - Pakatan Rakyat Pilihan Rakyat Sibu!

9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.

"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

NONE

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279

7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136

Majoriti 3,130

7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136

Majoriti 3,048

7.40malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134

Majoriti 3,022

7.35malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134

Majoriti 2,920

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

NONE7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.


DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

Sabtu, 15 Mei 2010

Pantun Ambe dan Kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aizi Nik Mat - Isu LompaT kataK Macam Brahem ALi..

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai "tidak akil baligh" atau matang dalam politik.

"Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politikpun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu mengakui perbuatan itu menjadi amalan biasa dalam politik sekarang dan menurutnya malah di kalangan pemimpin PAS sendiri pernah berlaku keadaan sebegitu ketika di peringkat awal kerana masih belum mengenali perjuangan politik Islam sebenar parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program JPM Super Drive Challenge KB 2010, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini, ketika diminta mengulas keputusan anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Mengenai langkah PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai sayap baru kepada parti itu, Nik Abdul Aziz berkata langkah itu bukan bertujuan menyingkirkan DAP daripada pakatan pembangkang.

"Malah, kita cuba mendekatkan masyarakat bukan Islam melalui DAP dan usaha yang dilakukan PAS ternyata berhasil di mana ramai kalangan bukan Islam, khasnya masyarakat Cina boleh menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS," katanya.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusoff Rawa berkata DHPP sebagai sayap baru parti itu akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 23 Mei ini.

Ditanya mengenai kedudukan DAP yang tidak begitu yakin memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, esok, Nik Abdul Aziz berkata kenyataan itu menunjukkan DAP berpegang kepada kenyataan.

"Mungkin juga pemimpin DAP tidak mahu pengundinya panik dalam menghadapi
suasana pilihan raya dalam masa terdekat ini," katanya.

p/s: pantun buat katak!

Lompak si katak lompat,
lompat tinggi-tinggi,
daH sampai ke telinga rakyat,
semua yang lompat tak de harga diri!

Lompat Lagi Lompat,
Biar tergolek-golek,
habis segala janji rakyat,
tunggu balasan tuhan kelak,

katak suka lompat,
sambil tersenyum riang,
PRU menanti ko keparat,
munafik patut dinama korang!

Jumaat, 14 Mei 2010

Analisis Semasa PRK SIBU

Penduduk di Sibu tidak pernah menyaksikan hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat, termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu-Melanau.

Mereka
hairan mengapa lebih daripada 20 orang anggota kabinet perlu turun padang untuk menumbangkan hanya seorang calon DAP?

Begitu kuatkah pengaruh pengerusi DAP Sarawak itu sehingga perdana menteri perlu turun ke bandar Foochow ini sebanyak tiga kali dalam tempoh yang relatif singkat. Itu belum lagi mengambil kira jumlah ahli politik dan menteri Sarawak, serta seluruh instrumen dan agensi kerajaan yang terpaksa dikerah untuk memujuk dan menundukkan pengundi di Sibu.

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang mempunyai 54,695 pengundi ini.

Meskipun dikuasai mendiang Datuk Robert Lau, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan dari parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selama lima penggal sejak 1990, namun majoriti yang dimenanginya pada 2008 tidaklah begitu menggembirakan.

BN sedar akan risiko yang bakal ditanggung jika mereka tidak bekerja keras untuk menggerakkan seluruh jentera pilihan raya kali ini. Itulah sebabnya, segala langkah diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong calon SUPP Robert Lau Jr.

Setiap kaum mempunyai rungutan dan masalah masing-masing.

Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut tidak menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap.

Iban hidup melarat

Menteri Persekutuan yang berjumpa dengan pengundi yang sebahagiannya miskin dan papa kedana terkejut melihat keadaan rumah panjang yang daif dan kehidupan sebahagian orang Iban yang melarat.

Melay

u-Melanau di kawasan DUN Nangka pula kecewa dengan sikap wakil rakyat sehingga gagal memahami aspirasi dan masalah mereka.

Manakala 36,494 pengundi Cina pula mempunyai persepsi yang negatif terhadap dasar kerajaan yang dianggap tidak adil sehingga merugikan mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan di sektor swasta. Bagi mereka, kerajaan menganggap mereka seolah-olah anak tiri meskipun tinggal di bawah rumah yang sama.

Pada pillihan raya kecil parlimen Sibu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka dijangka menyokong DAP. DAP dilihat berani, lantang dan mampu menyuarakan kepentingan dan masalah mereka.

SUPP pula, yang dibelenggu oleh masalah dalaman yang belum selesai, dianggap gagal menyelesaikan masalah mereka. Malah, parti Cina Sarawak itu dikatakan tidak berani membangkitkan isu dan masalah yang dianggap sensitif, kerana takut menyinggung perasaan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, yang telah berkuasa selama 29 tahun.

Tidak hairanlah, antara kata-kata yang terdapat di kain rentang di bandar 270,000 penduduk ini ialah 'Undi SUPP = Undi Taib'. DAP menyifatkan kepemimpinan Taib semarak dengan nepotisme, kronisme dan penyelewengan, khususnya dari segi agihan sumber kekayaan negeri.

Pengundi Cina sebanyak 66.7 peratus sudah mendahului rakan mereka di Semenanjung dari segi pola pengundian.

Pada pilihan raya negeri 2006, enam kerusi SUPP terlepas ke tangan DAP kerana isu kenaikan harga minyak dan isu tanah yang dianggap merugikan mereka.

Masalah banjir

Mereka kecewa dengan kerajaan kerana gagal menangani masalah banjir di Sibu. Banjir kerap melanda bandar ini setiap kali hujan lebat. Bagi memujuk hati pengundi, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek tebatan banjir.

M

anakala isu ketiadaan universiti ditangani dengan rancangan untuk menaikkan taraf Kolej Laila Taib menjadi kolej universiti menjelang 2012.

Tetapi DAP mengkritik SUPP kerana menjual kolej itu kepada pihak Yayasan Sarawak dengan harga RM1, tanpa mempedulikan perasaan dermawan Cina yang telah menyumbang kepada kewujudan kolej itu.

Kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana, serta puluhan menteri dan timbalan menteri Persekutuan dan negeri, untuk menyelesaikan masalah rakyat menimbulkan pertanyaan.

Mengapakah masalah berkenaan seolah-olah hanya cuba diselesaikan menjelang pilihan raya?

Mengapakah kerajaan BN kelihatan begitu bermurah hati waktu berkempen?

Namun, sejauh manakah projek mi segera dan penyelesaian ala bomba memadamkan kebakaran itu, berjaya memujuk pengundi? Dalam tempoh 10 hari lalu, beratus-ratus juta ringgit nilai projek diumumkan bagi memujuk rakyat.

Melayu-Melanau kecewa

Alangkah hausnya pengundi di Sibu ini terhadap projek pembangunan walaupun slogan politik pembangunan Taib telah didendangkan sekian lama.

Hakikatnya, meskipun pengundi Iban dan Melayu-Melanau kecewa, mereka tetap merupakan pendukung kuat BN.

Dengan rekod yang tidak memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya kecil selama ini dan sikap pengundi Bumiputera luar bandar yang begitu setia kepada kerajaan, dijangka sekitar 75 peratus daripada 40 peratus keseluruhan pengundi Bumiputera akan tetap menyokong BN.

BN begitu berjaya membenamkan ke dalam minda pengundi terbabit konsep kebergantungan sehingga minda mereka tertawan oleh BN. Golongan ini ialah pengundi tegar yang menganggap politik pembangunan masih relevan.

Politik penaungan masih mengambil tempat utama ketika mereka masih lagi memerlukan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, api dan jalan berturap. Sedangkan bagi pengundi Cina di bandar, isu berkaitan sudah lama diselesaikan.

Pengundi Cina lebih selesa bercakap tentang isu tadbir urus yang baik, ketelusan, rasuah, ekonomi, pendidikan dan isu nasional yang lain. Bagi pengundi Bumiputera di rumah panjang, isu ini terlalu abstrak dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

Bergelut untuk hidup

Bagaimankah Pakatan Rakyat dapat mempengaruhi pengundi terbabit ketika sebahagian mereka masih bergelut untuk hidup?

Kem
iskinan dan kesukaran mencari pekerjaan di Sibu-lah yang menjadi punca anak muda mencari peluang pekerjaan sejauh Singapura dan Kuala Lumpur. Siapakah yang mahu memerah tulang empat kerat di ladang kelapa sawit dengan gaji kurang RM20 sehari?

Hanya buruh asing terutama dari Indonesia yang sanggup melakukannya. Ketiadaan golongan muda di Sibu menguntungkan BN, kerana rata-rata, kerana pendidikan dan pendedahan kepada media alternatif, mereka menjadi anti-BN.

Jentera BN terlalu hebat untuk dilawan oleh Pakatan Rakyat. Laporan media tidak memihak kepada mereka, apatah lagi tiga akhbar tempatan dikaitkan dengan keluarga calon SUPP.

Dalam usaha menggempur pengundi dari semua penjuru di semua tempat oleh instrumen kerajaan dan BN, DAP dijangka berhalangan untuk menguasai kerusi ini sekali lagi.

Sumber, wang, jentera pilihan raya dan banyak lagi memihak kepada BN. Namun, kemenangan dengan majoriti undi yang merosot kali ini, tentu merupakan pukulan hebat ketika BN yang ingin melangkah ke gelanggang pilihan raya negeri dengan lebih yakin.

Dasar Pakatan Rakyat

Muafakat Rakyat

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

19 Disember 2009

1. Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153
  2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
  3. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
  4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
  5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
  6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan Kuasa

Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
  2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.
  3. Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
  4. Mewajibkan perlantikan jawatan- jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
  5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
  6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
  7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.
  8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
  9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
  2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
  3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
  4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
  5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
  6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi Kemahiran Tinggi

b. Ekonomi Demokratik dan Telus

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

e. Tenaga Kerja

f. Jaringan Perlindungan Sosial

g. Perumahan

h. Prasarana dan Kemudahan Awam

i. Alam Sekitar

j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau



a. Ekonomi Kemahiran Tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
  2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
  3. Menggalakkan warga negara yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik.

b. Ekonomi Demokratik dan Telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
  2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
  3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
  2. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
  3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
  4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
  2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
  3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
  4. Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
  5. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
  6. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga Kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
  2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
  3. Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
  4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
  5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
  6. Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
  7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan Perlindungan Sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
  2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
  3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:

  1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
  2. Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
  3. Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;
  4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;
  5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
  6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
  7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan Kemudahan Awam

Penyediaan dan penyelenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
  2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
  3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
  4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
  5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
  6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:

  1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
  2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
  3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
  4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
  5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kitar semula yang menyeluruh.
  2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel suria dan sel fuel hidrogen.
  3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.
  4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

a. Perpaduan dan Keadilan Sosial

b. Agama

c. Pendidikan

d. Wanita Dan Institusi Keluarga

e. Golongan Muda

f. Keselamatan

g. Kesihatan

h. Kebudayaan


a. Perpaduan dan Keadilan Sosial

Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
  2. Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  3. Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
  4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
  5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
  6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
  7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

b. Agama

Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

  1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
  2. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
  3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes- kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
  4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
  5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

c. Pendidikan

Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
  5. Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
  6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak;
  7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
  8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
  9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
  10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
  11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
  12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
  13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

d. Wanita Dan Institusi Keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.
  2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
  3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
  4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
  5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
  6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
  7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
  8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
  9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

e. Golongan Muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
  2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
  3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam
  2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
  3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
  4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
  5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
  6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
  7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

g. Kesihatan

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.
  2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
  3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
  4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

h. Kebudayaan

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

  1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
  2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
  3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

4. Hubungan Persekutuan - Negeri dan Dasar Luar Negara

a. Sistem Persekutuan

b. Sabah & Sarawak

c. Dasar Luar Negara


a. Sistem Persekutuan

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
  2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
  3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

b. Sabah & Sarawak

Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
  2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.
  3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
  4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

c. Dasar Luar Negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
  2. Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.
  3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.
  4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.