Pakatan Rakyat PRU13

Pakatan Rakyat PRU13

Selasa, 7 Disember 2010

Menteri Bengap!! Jangan Perbodohkan Rakyat !!!

Sape lagi kalo tak timbalan menteri keewangan malaysia kini! yang paling gelamor dengan menteri kaki ayam, tak dipilih rakyat! di tolak rakyat! masih dipilih jadi menteri! orang bodoh macam dia nih, tak layak jadi pemimpin langsung!
NONE
kata-kata beliau bagi mngulas kenaikan harga petrol!
""Ia (menangani penyeludupan) adalah antara sebab kerajaan terpaksa menaikan harga bahan itu, selain mengurangkan jurang perbezaan harga di peringkat antara bangsa," katanya kepada pemberita, di Bachok, semalam.

hahha... cubalah nilai, hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,, takkan polis malaysia begitu dayus, dan hampeh, tak dapat nak kawal penyeludupan, malayasia nih bukannya besar sgt pun, kalo di bina pagar sepanjang negeri, lebih berbaloi utk rakyat, daripada menaikkan kemiskinan rakyat!

lagi penipuan pemimpin umno! yang sebnarnya mata wang malaysia jatuh!, dan malaysia mengalami kemerosotan ekonomi! dan negara kita diambang muflis jika tidak berbuat demikian, ini semua berpunca dari pembaziran dan pembuncitan perut kroni2 UMNO!

tolak Bee End Harbi!

Selasa, 9 November 2010

Menteri Cekik wanG Rakyat !! misi pembaziran lagi...




'Merujuk jawapan bertulis Ng berhubung 'misi' tujuh hari ke Eropah pada 25 hingga 31Mei lalu,

Menteri pelancongan diminta letak jawatan segera! jangan bazir dan terus membazirkan wang ratkyat!!

"Adakah ini lawatan membeli-belah? atau menjahanamkan wang rakyat? jumlah itu tidak masuk akal kerana kebanyakan pelancong yang melawat Malaysia bukan datang dari Eropah!

TOlak Bee End, Jom SokoNg PAS..

Khamis, 28 Oktober 2010

Zambry & Ayah Pin Sama2 sesat? Betul Kah....

Menteri Besar Bee End Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.

Dr Zamri telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya, upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah,"

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria diminta tegas dalam perkara ini!
dan bukan hanya mufti perak, tetapi,, mufti di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak bagi menerangkang tetang perkara ini!

sila kemukakan ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam tidak terkeliru dan dikelirukan lagi!

sapa2 nak lebih jelas! cuba tengok gambar dan rakaman video ucapara tersebut dalam lamanweb dan Youtube.

Pemuda PAS ada menghantar memorandom dan meminta Harussani menegur atau mengeluarkan fatwa terhadap tindakan Zambry itu. Dan mufti perak itu menyatakan rasa kecewanya terhadap tindakan Zambry itu dan berjanji akan menegurnya.

Rabu, 25 Ogos 2010

Surat Sebenar teoh... telah dijumpai...

sedutan kesah..

Kisah ini bermula apabila aku menerima sepucuk telegram. Aku tidak tahu siapa yang menghantar telegram ini. Tidak ada nama penghantar dan tidak ada alamat di telegram ini. Tidak ada angka telefon untuk aku membalas kembali. Aku tidak tahu siapa yang menghantar telegram ini.

Isi kandungan telegram ini ialah: PERGI KE TELOK KEMANG STOP PADA MALAM 14 BULAN MENGAMBANG STOP PANDANG KE LAUT STOP DATANG SEORANG DIRIS TOP.

Ini cukup pelik. Aku risau sebenarnya. Ini mungkin telegram tersalah alamat. Ini mungkin telegram untuk penyuludup pendatang haram dari Sumatera. Atau penyuludup ganja dari Acheh. Aku belek-belek telegramini. Jelas nama dan alamat aku. Tidak ada yang salah. Malah macam mana alamat aku ini diketahui pun aku tidak faham. Ini kerana amat jarang aku memberikan alamat aku kepada sesiapa pun.

Fikir punya fikir aku pun pergilah ke Telok Kemang. Aku datang sehari sebelum bulan penuh mengambang. Ini kerana aku nak menyesuaikan diri aku dengan suasana laut. Maklumalah aku orang kota. Untuk aku laut ini tempat tahi dan kencing orang kota terkumpul, terutama di Selat Melaka.

Aku amat amat berharap di malam bulan mengambang yang dijanjikan, hujan tidak akan turun. Jika hujan atau mendung maka tidak akan kelihatan cahaya bulan. Aku tidak akan dapat melihat apa-apa ketika aku memandang ke laut. Memikirkan perkara ini aku jadi gelabah.

Untuk memastikan yang hujan dan mendung tidak datang, aku telah pergi membayar nazar di Tanjung Tuan. Saekor ayam jantan hitam telah aku lepaskan ke dalam hutan belukar Tanjung Tuan yang dikatakan penuh dengan orang bunyian. Tapi orang bunyian di hutan Tanjung Tuan ini tidak sama dengan orang bunyian di Hard Rock Café atau orang bunyian Pancha Sitara. Jangan silap faham - mereka amat jauh bezanya

Tidak cukup dengan merasuah orang bunyian ini aku telah menaburkan tujuh jenis bunga ke kawasan Bukit Telok Kemang. Kawasan ini satu masa dahulu adalah tempat melihat anak bulan. Mengikut surah orang Negeri Sembilan kawasan ini 'keras' kerana sejak zaman berzaman, setelah Islam masuk ke Tanah Melayu kawasan inilah yang menjadi tumpuan untuk menentukan bila hari puasa bermula dan bila kita berhari raya.

Botol bersurat


Bila internet sampaim kita tidak perlu lagi melihat anak bulan. Kawasan ini menjadi belukar. Malah tarikh puasa, raya dan Hari Raya Haji semuanya telah diketahui sepuluh tahun lebih awal.

Keesokan harinya, jam tujuh petang lagi aku telah berada di tepi laut. Aku duduk seorang diri di sebuah bangku. Mata aku memandang ke laut dan ke langit. Memandang ke langit untuk melihat bulan mengambang. Memandang ke laut untuk melihat apa yang akan mucul. Sekali sekali terfikir juga bagaimana kalau naga kepala tujuh akan muncul dari tengah laut. Seram juga bulu kaki.

Jam lapan malam gelap pun sampai. Bila gelap sampai maka bulan pun tanpa segan dan malu keluar menyinar. Mata aku terus memandang ke permukaan laut. Aku tidak tahu apa yang akan aku lihat. Dari jam 9 hingga jam 10 malam aku kesaorangan di tepi pantai Telok Kemang. Anjing sesat dan kucing lapar pun telah lama meninggalkan pantai. Semua sepi kecuali bunyi ombak memukul pantai. Nasib baik udara agak panas kalau tidak aku mengigil kesejukan.

Semakin lewat malam semakin terang air laut kelihatan. Tetiba tepat jam 12 tengah malam, aku nampak ada satu cahaya bersinar dan berkelip-kelip datang dari laut. Aku ingatkan ini cahaya alat pemancar kapal selam yang baru di beli. Kemudian aku teringat kapal selam Malaysia ini belum boleh menyelam. Jadi ini pasti bukan kapal selam.

Cahaya yang berkelip dan kelihatan tenggelam timbul ini makin lama makin merapati pantai. Aku terfikir apakah ini 'bendanya' yang wajib aku tunggu? Aku memberanikan diri lalu pergi ke gigi pantai. Di gigi pantai aku menunggu dengan debaran. Cahaya yang berkelip-kelipan tenggelam timbul ini akhir sampai ke tepi pantai.

Nah! Rupa rupanya sebijil botol yang terapung-apung. Aku tersenyum lalu mengambil botol ini. Bila aku amati, di dalam botol ini ada sepucuk surat. Wow! Baru aku sedar rupa rupanya ini botol bersurat. Dengan tidak sabar-sabar aku membuka botol itu dan mengambil surat di dalamnya.

Kepada Para pembaca yang budiman,
Aku minta maaf mungkin para pembaca tidak percaya apa yang telah aku tulis ini. Malah aku sendiri pun merasa kekok untuk menulis kisah ini kerana pasti ramai pembaca kurang yakin tentang apa yang telah aku tulis. Lebih memeranjatkan lagi ialah tentang isi kandungan surat dalam botol ini dan siapa penulisnya.

Cina Hailam

Walau apa pun biar aku berterus terang kerana surat dalam botol ini telah meminta aku menerangkan seterang mungkin kepada seluruh rakyat Malaysia, walau pun mungkin ianya berbau macam tidak masuk akal.

Wahai pembaca yang budiman, jangan terperanjat dan jangan menjadi sinis - surat dalam botol ini ialah surat sahih dari Teoh Beng Hock.

Kenapa aku dipilih untuk melakukan semua ini tidak pula aku ketahui. Dari surat ini, Teoh Beng Hock ini telah meminta aku membuat beberapa pekara. Hari ini aku hanya menjalankan tugas. Salah satu dari tugas aku ialah membuka cerita ini kepada umum pada hari baik bulan baik ini. Ya, ini bulan Ramadan. Ini permintaan Teoh sendiri.

Sebenarnya surat dalam botol ini telah aku temui satu minggu setelah Teoh meninggal dunia. Tetapi surat ini meminta aku menyimpan isi kandungan surat ini daripada diketahui umum sehingga muncul dan ditemui satu 'surat' yang mengatakan bahawa Teoh telah membunuh diri.

Dalam suratnya Teoh telah menulis dan menerangkan bahawa dia tidak membunuh diri. Apabila aku teliti isi surat Teoh ini maka aku sedar bahawa sebenarnya Teoh telah mengetahui awal lagi bahawa dia akan dibunuh kerana itu Teoh telah membalingkan botol berisi surat ini ke dalam laut lebih awal. Teoh juga tahu bahawa akan ada pihak yang akan membuat surat surat palsu dan memfitnah dirinya.

Menurut Teoh, surat palsu ini ditulis oleh seorang penulis Cina Hailam yang pakar dalam hal pemalsuan dokumen. Cina Hailam ini ada membuka kedai menjual mee hailam di Jalan Raja Laut sebagai perniagaan halal. Cina Hailam ini memang bijak, malah dia pernah membuat satu surat cinta John Lennon kepada Yoko Ono yang telah dilelong di Christie London. Dari sumber yang tidak rasmi, surat palsu Lennon ini telah di beli oleh kerajaan untuk dijadikan bahan muzium.

Dalam surat ini Teoh juga telah memberi ingatan bahawa Cina Hailam ini telah membuat sekeping surat wasiat bersama geran tanah atas nama Yap Ah Loy yang menunjukkan bahawa tanah TUDM di Sungai Besi itu sebenarnya adalah milik Joe Lo.

Menurut surat Teoh ini wasiat dan geran palsu ini dibuat jika sekiranya kes tanah TUDM ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat dalam parlimen. Menurut surat Teoh ini lagi, Cina Hailam ini juga telah membuat sekeping surat palsu yang telah di tanda tangani oleh orang suci di mana tanah tapak Penjara Pudu itu adalah milik seorang saudagar besar.

Cerita-cerita tak masuk akal

Dalam suratnya, Teoh Beng Hock juga telah menceritakan bahawa sebab utama dia dibunuh kerana: Pada satu malam ketika dia menjalankan tugas sebagai pembantu Yang Berhormat dia telah diminta pergi membeli mee hailam. Waktu telah lewat malam tetapi sebagai pembantu yang baik Teoh telah pergi mengetuk pintu kedai mee hailam ini di Jalan Raja Laut.

Tanpa disedari oleh Teoh, cara dia mengetuk pintu itu adalah tanda untuk membenarkan geng Cina Hailam ini masuk. Apabila Teoh masuk dia telah dibawa ke bilik rahsia di mana Cina Hailam ini sedang membuat dan mencetak kad pengenalan palsu untuk kerajaan Sabah. Teoh terserempak dengan kerja jahat ini. Kerana ini dia wajib dibunuh.

Pembaca yang budiman,
Aku berharap para pembaca sekelian akan percaya dengan cerita aku ini. Sekali lagi aku katakan, aku hanya menjalankan tugas. Aku meminta maaf jika cerita aku ini tidak masuk akal. Memang pada hari ini memang banyak cerita cerita yang tidak masuk akal. Ada cerita Lim Guan Eng ganti Agung dalam khutbah. Ada cerita kapal terbang boleh terbang tanpa enjin. Ada cerita Bank Negara boleh buat duit dari daun getah, macam macam lagi.

Pembaca semua pasti pernah membaca bagaimana Teoh di katakan telah mencekek dirinya sendiri. Para pembaca yang budiman pasti telah tahu tentang surat pengakuan Teoh membunuh diri yang baru ditemui. Semuanya tidak masuk akal tetapi inilah hakikatnya pada hari ini.

Aku minta maaf terpaksa berhenti disini. Aku hendak menghidup api di tunku untuk menanak beras untuk bersahur. Jika aku ada masa nanti aku akan menceritkan lagi apa isi kandungan surat dalam botol daripada Teoh Beng Hock. Ini janji aku. Aku rasa buat masa ini cukup setakat ini sahaja.

Di hari baik bulan baik ini aku menghulurkan tangan, kalau sesiapa yang memiliki duit berlebihan silalah bersedekah. Tak perlu hantar telegram kepada aku. Hantar duit sedekah itu melalui pos.

Sabtu, 7 Ogos 2010

MCA anti ISLAM? DAP Terima ISLAM..

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

"Negara Islam Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator," tambahnya.

Menurut Lim, apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Men

urut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap.

Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Apa Itu 1Malaysia

Khamis, 5 Ogos 2010

Bocor Rahsia PR! Puluhan Ribu Hadir - Gambar

Ceramah UMNO Gegarkan Malaysia, Bezakanlah wahai rakyat jelata...



Bandingkanlah...

Nie Pulak, Ceramah Pakatan Rakyat...

Mana Pilihan Rakyat ???

Selasa, 3 Ogos 2010

Perpaduan Yang Sebenar Mengikut Islam...

Perpaduan : Allah mengajar kita melalui Nabinya Muhammad SAW Supaya kita bersatu padu dengan islam. Islam yang boleh menyatukan manusia, bukannya bangsa, bukannya keturunan dan bukannya hartabenda.-Khutbah Jumaat 30 julai 2010

klik disini

Isnin, 2 Ogos 2010

Ops Lalang abuse?

Jika Ini Benar-benar akan berlaku, rakyat! bangkitlah,, buktikan kuasa rakyat yang memerintah, jadiukan pRU13 kali ini, Perkuburan utk mereka!!.

antara lain, Keghairahan polis menyuraikan perhimpunan aman di seluruh negara pada hujung minggu lalu menimbulkan spekulasi teori konspirasi dengan seorang senator Pakatan Rakyat memberi amaran tindakan itu mungkin membawa kepada pusingan seterusnya Operasi Lalang.

Muhamad Yusof Husin, dari PAS berkata taktik yang sama digunakan oleh kerajaan BN pada 1987 apabila pihak berkuasa memastikan sentimen anti-kerajaan tidak merebak dengan menahan 106 orang mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA).

Beliau mengakui walaupun 'kemungkinan' tangkapan itu tidak berlaku boleh terjadi, namun perkara berkenaan membimbangkan.

Situasi tegang

Menurut Muhamad Yusof berdasarkan apa yang berlaku di seluruh negara pada hujung minggu lalu, tidak keterlaluan jika seseorang beranggapan pihak berkuasa cuba memperlihatkan “situasai tegang di negara ini.”

“Apabila aktiviti secara aman tidak dibenarkan, ia akan mencetuskan bantahan dan kemungkinan pihak berkuasa akan mengambil peluang ini menggunakan ISA dengan alasan memastikan ketenteraman awam dipelihara,” katanya di lobi Senat hari ini.

“Seperti Operasi Lalang pada 1987, semua pemimpin pemabngkang dan kakitangan NGO yang tidak menyokong kerajaan ditahan mengikut ISA ...ini satu kemungkinan. Kemudian kerajaan akan mengadakan pilihan rayadan pemimpin BN berada dalam kedudukan selesa kerana tiada pembangkang.”

Muhamad Yusof memberi amaran jika pihak berkuasa tidak menangani perkara itu dengan betul, ia mungkin mencetuskan peristiwa berdarah seperti tragedi Memali pada 1982 yang menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan orang kuat PAS, Ibrahim Mahmud, atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Ahad, 1 Ogos 2010

Datuk Chua Jui Meng- Malaysia Adlah Negara Polis,

Salam Ukhwah, Salam Keadilan dan Salam Harapan Baru Untuk Malaysia.....Kebiadapan Polis Terhadap Rakyat Percepatkan Kejatuhan Umno-BN.......RENGIT - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng menganggap Malaysia sebagai sebuah negara polis, apabila bertindak ganas dengan memukul dan menahan dengan kasar orang ramai termasuk peniaga semasa program ceramah anjuran KEADILAN di Markas PAS Kawasan Batu Pahat di Kampung Sungai Tongkang, di sini semalam. Datuk Chua berkata tindakan tidak demokratik pihak polis hanya membuka mata dan menyedarkan lagi rakyat khususnya di Johor bahawa Umno-Barisan Nasional perlu ditumbangkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang."Peristiwa ini menunjukkan dengan jelas bahawa, rakyat telah faham yang Umno dan Barisan Nasional di Johor sudah takut dan putus asa sehingga terpaksa menyalahgunakan institusi polis untuk menghalang proses politik dan demokrasi di negara ini."Ini akan menambah keazaman dan keinginan kita untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN di Johor dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang akan datang."Ini adalah program pertama beliau di Johor selepas dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Memang benar seperti apa yang pernah dikatakan, halangan akan dikenakan kepada mana-mana bekas pemimpin Barisan Nasional seperti saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim. Jadi kata Tun Dr Mahathir, 'Malaysia Negara Polis' satu ketika dulu, memang benar," tambah Datuk Chua Jui Meng lagi......Keadilan dan kebenaran hanya dapat dilihat bila kita berada dipersada dan kelompok yg benar...Sejarah yg menimpa diluar negara akan merempuh negara kita yg tercinta ini....PRU 13 akan datang ini rakyat akan bangun dan menterjemahkan rasa meluat dan marahnya di peti undi.. INSY'ALLAH......ENOUGH IS ENOUGH!!!!!.........LAWAN TETAP LAWAN SAMPAI PUTRAJAYA PAKATAN RAKYAT MAMPU TAWAN...

Sabtu, 31 Julai 2010

Dayus tol UmnO nih...!

semalam,, Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi.

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan.

Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis.

Khamis, 29 Julai 2010

Antara RosmaH dan Tun Siti Hasmah - Bini PM dan Bekas Bini PM, JOm BandinGkan..



Kata-kata utz Asri...

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk sol...at.

Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi 'menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.

Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan".

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Benci pemimpin 'pasal bini dia'

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.

Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri.

Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.

Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Rabu, 28 Julai 2010

Jom Demo Lagi!!!

Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, gabungan NGO yang membantah kenaikan harga barang akan menganjurkan perhimpunan besar-besar menentang kenaikan "5-dalam-1" yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Sebagai respons kepada kenaikan harga petrol, diesel, gula gas, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) membuat lima tuntukan kepada kerajaan:
  • Hentikan pembaziran dalam pembangungan beberapa projek gajah putih seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
  • Menguatkuasakan dasar gaji minimum
  • Kembalikan harga asas barang asas seperti sebelum kenaikan bulan ini
  • Jelaskan bagaimanapun 'penjimatan' 4.6 bilion daripada penyelarasan subsidi pada 2006 dibelanjakan
  • Menstruktur semula subsidi supaya rakyat miskin terus mendapat faedah daripadanya

Bagaimanapun menurut PROTES, perhimpunan tersebut merupakan langkah terakir, kata penyelarasnya Dr Hatta Ramli (kiri) yang juga bendahari PAS.

Dalam tempoh itu, kempen yang dinamakan "Bantah: Selamatkan Rakyat" itu akan dilancarkan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam bagi memastikan mesej itu sampai kepada pelbagai pihak.

Menurut Dr Hatta, tempat itu dipilih kerana ia antara kawasan tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur - yang paling terasa dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, gabungan terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menyediakan sebanyak mungkin bahan makluman dan bacaan dalam bentuk risalah dan buku kecil untuk diedarkan kepada rakyat sepanjang tempoh kempen, sehingga kerajaan menurunkan kembali harga barang.

Selain itu juga, PROTES juga akan mengadakan beberapa siri bantahan di peringkat negeri di seluruh negara.

Kita akan selaraskan dan masa, tempat, aktiviti kita akan umumkan dari semasa ke semasa di seluruh negara," katanya.

PROTES juga memutuskan untuk mengadakan jelajah ke negeri-negri dalam bulan Syawal ini dengan menaiki bas.

Sehubungan itu, beliau mengajak pimpinan parti politik bersama dalam siri jelajah itu bagi turun bertemu rakyat melalui aktiviti himpunan ringkas dan ceramah.

Ahli parlimen Kuala Krai itu berkata pihaknya juga akan menghantar memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada 14 Oktober depan.

"Kita tunggu sehingga hari akhir sidang parlimen. Kalau mereka (kerajaan) masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bulan Disember ini," tegasnya.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ahli parlimen Lembah Pantai mewakili PKR, Nurul Izzah Anwar, pengerusi lajnah penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi, setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, bendahari Jemaah Islah Malaysia, Naha Mohd Nor, serta wakil-wakil dari Gabungan Persatuan Islam Malaysia (Gamis), Kelab Mahasiswa Independent (KAMI) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Sabtu, 24 Julai 2010

TGNA menjawab tuduhan Hj Lah genting

Umno Selangor TertekaN!!!

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.

Ali Baba

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

Melal

ui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

P
ua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."

Dari pasir ke air

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi

Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu," katanya lagi.

Rabu, 21 Julai 2010

Isu Pasir SelangoR terJawap...!!



Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei. "Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu. Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang. "Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Sri Shuhaimi. "Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin." Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno. Manakala Noh pula diberikan jawatan penting sebagai orang nombor dua dalam perhubungan Umno negeri bagi membantu tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusinya. Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi berkata tindakan Noh melawat dua kawasan tersebut sebagai reaksi kepada tindakan Dr Mohd Khir menunjukkan kawasan Dengkil - kawasan ADUN Marsum Paing yang didakwa penyokong kuat Noh. "Cara mereka bertindak membuktikan (isu) pasir di Selangor hanyalah 'batu loncatan mencari pengaruh' dan tidak lebih dari itu," kata Shuhaimi. "Isu pasir Selangor adalah ciptaan UMNO Selangor menyukat pengaruh masing masing, tidak lebih dari itu."

Tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menjuarai isu pasir dengan melawat beberapa tempat di negeri itu didakwa bertujuan untuk memalukan 'pesaingnya' Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Ini kerana, lubang besar daripada kesan kecurian pasir - yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei. "Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu. Shuhaimi mendakwa, tindakan Noh itu ekoran keadaan "berlengan populariti" antara kedua-dua tokoh Umno negeri itu bagi membuktikan siapa lebih berpengaruh bagi menerajui parti itu dalam pilihan raya akan datang. "Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud 'perang pengaruh' di antara mereka," kata Sri Shuhaimi. "Kedua duanya sedang menunjuk 'silat politik' agar tidak terlepas peluang menjadi menteri besar jika dalam pilihan raya umum ke-13 pengundi kembali memilih Barisan BN - istilah saya dalam hal ini ialah sekadar angan-angan Mat Jenin." Selepas kekalahan BN di Selangor dalam pilihan raya umum lalu, Dr Khir kini hanya bertindak sebagai ketua pembangkang dan ketua pemikir Umno. Manakala Noh pula diberikan jawatan penting sebagai orang nombor dua dalam perhubungan Umno negeri bagi membantu tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusinya. Dalam satu kenyataan hari ini, Shuhaimi berkata tindakan Noh melawat dua kawasan tersebut sebagai reaksi kepada tindakan Dr Mohd Khir menunjukkan kawasan Dengkil - kawasan ADUN Marsum Paing yang didakwa penyokong kuat Noh. "Cara mereka bertindak membuktikan (isu) pasir di Selangor hanyalah 'batu loncatan mencari pengaruh' dan tidak lebih dari itu," kata Shuhaimi. "Isu pasir Selangor adalah ciptaan UMNO Selangor menyukat pengaruh masing masing, tidak lebih dari itu."

Isnin, 19 Julai 2010

Kita lihat, Sapa yang kena.... !! Memang dah agak Dah,,,

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.

p/s: itu analisa dri luar, kita yang duk dlm politik malaysia, dah pun matang dengan keadaan sekarang, insyallah,, kita akan lebih bersemangat! ingatlah, bhwa tiap2 janji Allah itu adalah benar, hebatnya perancangan diorg, ssghnya perancangan Allah taala itu lebih baik.. amien,,

Sabtu, 17 Julai 2010

Adakah PAS dan UMNO boleh Bersatu?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.. memang buta sejarah, sejarah lalu telah membuktikan pengkianatan UMNO terhadap ISLAM, seterusnya menghina dan menolak hukum-hukum Allah taala. beliau yang mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini, walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha ini dikalangan UMNO sendiri. Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS. dan beliu mengatakan "Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini. "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,"

Jangan Hanya pasang cita-cita untuk kepentingan poket, jangan berangan-angan mat jenin bila duduk dalam UMNO, dan mengajak PAS bersama, kerana UMNO ibaratkan TahI yang Hampir berulat, tinggal Wajib Dibuang, jika ikhlas UMNO nak Bersama-sama dengan PAS, Bubar UMNO, sertai PAS! Jangan berdalih lagi...

PAS tidak pernah menjajikan pimpinannya takhta di dunia, tetapi,, takhta di akhirat yang kami kejar, jika benar UMNO ingin bersama-sama dengan PAS, PAS secara terbuka terima keahlian UMNO sertai PAS, BUBAR UMNO jika ikhlas dan itu Usha murni Dato',

Sejarah yang lalu, tidak pernah terpadam seperti nyalaan pelita, apabila kekeringan ia turut padam, pengalaman lalu cukup memeritkan, dan cukup mematangkan PAS, kini kami sedar dimana kedudukan kami sebagai PAS, dan apa harus kami lakukan, kami tidak akan sesekali tunduk akan pemerintahan yang kejam, dan tidak bertamaddun.

kami akan lawan habis-habisan, kerana UMNO adalah parti perkauman! yang tidak menurut syariat, seterusnya sering menolak dan menindas ISLAM! apa sebab kami PAS akan sertai UMNO, andainya UMNO sebegitu dasyat, mungkin lebih dasyat dari zionis, kerana zionis boleh caci maki secara terang-terang dan kita lawan sampai syahid, tetapi uMno berbisa dalam diam,, menolak hukum-hukum Allah taala untuk kepentingan Dunia semata-mata.

kesimpulannya,, PAS dan UMNO tidak boleh bersama, jika UMNO ingin menyertai PAS, kita terima sebagai Ahli PAS!, kerana PAS tidak mahu berbohong dalam melaksanakan HukuM ALlah taala, Islam untuk semua bangsa, tetapi semua bangsa bukan melayu..

Hinanya Kami Rakyat BAwahan!!!!

sebagaimana kenyataan oleh dato' pa, kita dapat lihat, keangkuhan dan kebodohan dalam menjawab pertanyaan wartawan, tentang kenaikan harga barang! beliau melahirkan rasa kesal kerana kerajaan membantu rakyat bawahan, kata2 beliau seolah2 menyesali memberikan kemudahan dan meringankan beban rakyat dan seterusnya menghina rakyat yang taraf rendah!

"Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri -( Datuk Seri Mustapa Mohamed)

beliu mungkin tidak sedar, bahawa gula merupakan barangan yang penting bagi penduduk bawahan, yang menyediakan kuih muih, dan masakan kampung, mungkin beliau tidak merasakan kenaikan harga gula kerana beliau mendapatkan gula secara percuma sebelum ini, kenyataan beliau sangat mengecewakan rakyat seluruhnya,

antara lain yang disebut juga dalam kenyataan beliau, gula tidak baik untuk kesihatan, almaklum.. tanpa gula, kita pun bermasaalah, Setiap daripada kita sudah pasti mempunyai citarasa minuman tersendiri. Walau apapun minuman yang diambil, satu perkara yang mesti ialah - Manis. Minuman tersebut mestilah manis. Terlalu jarang orang mahu mengambil minuman yang tidak mengandungi gula. Gula sangat diperlukan oleh badan kita sebagai sumber tenaga.

Anwar ketika di temu bual oleh Malaysiakini menyatakan pendapat dan kritikan kepada usha2 kerjaan UMNO harbi berkenaan kenaikan harga barangan semasa..

Jumaat, 16 Julai 2010

Umno Suatu Masa Nanti Hanya Tinggal Sejarah Yang Tidak Akan Kembali...



Umno terengganu Hadapi Krisis Kepimpinan yang amat teruk, kita sudah pun terbaca kenyataan yang di keluarkan oleh Hisyamudin selaku Pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata penilaian beliau terhadap Umno itu mendapati ianya kini "sangat baik dan stabil". "Kalau dahulu ada dua kumpulan berentap. Kini saya tengok stabil. Tidak ada kumpulan tertentu yang memecahbelahkan (Umno) negeri kepada dua.

adakah beliau cuba menutupi kelemahan dan cuba untuk menipu Rakyat terengganu? dan apa yang dinyatakan oleh hisyamidin itu hanyalah pembohongan kepada rakyat!. Yang terbaru kes "Empat wakil rakyat tak hadir" pulau mesyuarat Umno Setiu! ternyata.. Umno terengganu Sekarang hadapi krisis kepimpinan yang amat teruk, sehinggakan tim. perdana menteri UMNO "Tan Sri Muhyiddin Yassin", menyatakan beliau melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.

Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

Sebelum ini, UMNO kemaman mengusulkan bahawa hisyamuddin dipecat dari pengerusi umno terengganu, dan skrg ini,., muhyidin pula di boikot? kini,, UMNO diambang kehancuran,, tak lama lagi,, UMNO bakal hilang terus dari mulut2 rakyat, bahkan hanya tinggal sejarah yang tak kan berulang lagi..

Khamis, 15 Julai 2010

Rakyat masih Buta Dan Tuli? - Bangkit Lah Dari Lamunan Tuan puan!!



Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) NAIK!!

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen. Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

"Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri. Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.

disamping itu, kerajaan mengerakkan jentera membasmi gejala kenaikan harga barangan lain, untuk memastikan tiada kenaikan selain dari barang yang sudah di umumkan,,,

kan nampak bodoh kerajaan yang memerintah,, takkan tak leh nilai, bila gula naik, puak2 jabatan diabistis plak sbuk ngan kempen kesedaran tahap gula, dan sokong langkah kerajaan naikkan harga gula, spy rakyat tak beli gula, abis tue,, macam mana mak cik2 kat pasar nak buat kuih muih, dulunya dijual 5 seringgit, sekarang dah pun 3 seringgit, bila naik lagi, mybe 1 seringgit,, kesian makcik2 kat pasar!

peniaga2 kedai makan akan terasa akan kenaikan harga barang!

bersambung... lagi kemarahan rakyat malaysia...

Dasar Pakatan Rakyat

Muafakat Rakyat

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

19 Disember 2009

1. Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153
  2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
  3. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
  4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
  5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
  6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan Kuasa

Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
  2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.
  3. Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
  4. Mewajibkan perlantikan jawatan- jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
  5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
  6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
  7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.
  8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
  9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
  2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
  3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
  4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
  5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
  6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi Kemahiran Tinggi

b. Ekonomi Demokratik dan Telus

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

e. Tenaga Kerja

f. Jaringan Perlindungan Sosial

g. Perumahan

h. Prasarana dan Kemudahan Awam

i. Alam Sekitar

j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau



a. Ekonomi Kemahiran Tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
  2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
  3. Menggalakkan warga negara yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik.

b. Ekonomi Demokratik dan Telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
  2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
  3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
  2. Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
  3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
  4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
  2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
  3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
  4. Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
  5. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
  6. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga Kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
  2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
  3. Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
  4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
  5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
  6. Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
  7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan Perlindungan Sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
  2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
  3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:

  1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
  2. Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
  3. Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;
  4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;
  5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
  6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
  7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan Kemudahan Awam

Penyediaan dan penyelenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
  2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
  3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
  4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
  5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
  6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:

  1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
  2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
  3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
  4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
  5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kitar semula yang menyeluruh.
  2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel suria dan sel fuel hidrogen.
  3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.
  4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

a. Perpaduan dan Keadilan Sosial

b. Agama

c. Pendidikan

d. Wanita Dan Institusi Keluarga

e. Golongan Muda

f. Keselamatan

g. Kesihatan

h. Kebudayaan


a. Perpaduan dan Keadilan Sosial

Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
  2. Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  3. Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
  4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
  5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
  6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
  7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

b. Agama

Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

  1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
  2. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
  3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes- kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
  4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
  5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

c. Pendidikan

Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
  5. Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
  6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak;
  7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
  8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
  9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
  10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
  11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
  12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
  13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

d. Wanita Dan Institusi Keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.
  2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
  3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
  4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
  5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
  6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
  7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
  8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
  9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

e. Golongan Muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
  2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
  3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam
  2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
  3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
  4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
  5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
  6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
  7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

g. Kesihatan

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.
  2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
  3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
  4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

h. Kebudayaan

Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

  1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
  2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
  3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

4. Hubungan Persekutuan - Negeri dan Dasar Luar Negara

a. Sistem Persekutuan

b. Sabah & Sarawak

c. Dasar Luar Negara


a. Sistem Persekutuan

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
  2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
  3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

b. Sabah & Sarawak

Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
  2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.
  3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
  4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

c. Dasar Luar Negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

  1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
  2. Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.
  3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.
  4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.