Bagi Rakyat PULAU PINANG,,,,
Pejabat Agama Daerah Timur Laut menjadi perintis pertama konvoi bermotor 'Jom pi masjid ke masjid' pada 2 Mei ini bermula jam 8.00 pagi di Masjid Bandar Baru, Air Itam.
Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Timur Laut, Ustaz Mohd Fariq Mohd Zaki berkata, program itu bertujuan mendekatkan golongan muda dengan rumah Allah serta menyemai kemesraan antara golongan dewasa, veteran serta pemuda harus dipereratkan kembali bagi membentuk keutuhan Islam.
"Pejabat Agama Daerah Timur Laut menjadi perintis konvoi bertemakan 'Jom pi masjid ke masjid' dan kami mengalakkan generasi muda menyertainya terutama bagi mereka yang mempunyai lesen motor," jelasnya.
Ujarnya lagi, memandangkan golongan muda begitu ketara jarang ke masjid, maka satu rangka jadual difikirkan bagi menarik minat mereka ke rumah Allah yang senantiasa menanti dengan seribu rahmat.
Program akan bermula di Masjid Bandar Baru, Air Itam kemudian ke Masjid Terapung, Masjid Baru Feringgi, Masjid Teluk Bahang, Masjid Bagan, Masjid Sungai Tiram dan kembali ke pekarangan Masjid Bandar Baru Air Itam pada sebelah petang.
Selain berkonvoi peserta juga akan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di samping menyemai semangat anak muda cintakan rumah Allah dan mendorong mereka tentang jalinan kerjasama dalam masyarakat.
"Tidak dinafikan ramai golongan muda yang tersasar dari matlamat kehidupan dalam Islam, maka program seumpama ini merupakan adunan paling tepat dengan naluri mereka suka berkonvoi. Kepada ahli jawatankuasa masjid diharap menyampaikan mesej ini kepada anak-anak muda agar mereka boleh menyertainya," ujarnya penuh harap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan