walau pun satu ringgit, itu namanya rezeki,, ape kejadah mak cik syahrizat nih, mentang-mentanglah dia datuk! 100 pun dia nampak mcm satu sen,. kalaulah rakyat nampak sikit Rm100 nih, mesti tak ambil pun, lainlah orang mcam mak cik zat nih, dah kaye, pahtu,, hina rakyat bawahan pulak, kalo dia cakap sikit, bagilah dua dia plak nnti, tapi,,,, mesti duit yang halal,, ye,.,,
sebagaimana yang dinyatakan dalam malaysiakini....
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ( gambar bawah yang dihalalkan oleh ulama'-ulama' BN), hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.
"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.
"Saya nak tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat hanya kurang daripada RM10 sebulan. Itulah dia nilai warga emas di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.
B
Menyifatkan pemberian itu bukan saja tidak membantu membasmi kemiskinan, jumlah RM100 itu juga katanya tidak dapat menampung keperluan warga emas terbabit.
"Tapi bila saya datang ke Negeri Sembilan di bawah kerajaan BN (Barisan Nasional) yang dipimpin Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan, saya dapati program pembasmian kemiskinan dan kebajikan lain di negeri ini berjalan begitu baik sekali.
Beliau berkata, sehingga 25 Mac lalu hanya terdapat 95 keluarga dikategorikan miskin tegar di Negeri Sembilan dan 646 di dalam kategori miskin iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM440 sebulan.
"Ini menunjukkan program jaringan keselamatan sosial Negeri Sembilan begitu berkesan sekali dalam membasmi kemiskinan di negeri itu. Kita berharap akan mencapai sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita untuk pembasmian kemiskinan tegar dan miskin di Negeri Sembilan pada hujung tahun ini," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan