Naib ketua bahagiannya Datuk Adnan Buyong,,,,
berkata....
'Rakyat didahulukan, pencapaiannya tengoklah nanti' “Kita akan terima siapa sahaja yang diputuskan parti, tetapi ahli parti hanya mewakili 20 peratus daripada pengundi. Pengundi di sini lebih 63,000. “Mereka ini, kita tidak tahu (bagaimana sokongannya). Kita (sebagai) orang Umno OK,” katanya.
Ditanya adakan Umno akan hanya akur dan berdiam diri ekoran perkembangan terbaru itu, Adnan menjawab: “Kita sudah buat semua perkara. Sekarang kita berdoa sahajalah. Tetapi kita tidak putus harap supaya permintaan kita diterima. “Apa boleh buat, yang buat keputusan bukan kita. Kalau saya yang buat keputusan, senang,” katanya sambil ketawa kecil. Menurut Adnan lagi, walaupun keputusan berhubung calon yang dipilih masih belum diketahui, berdasarkan kenyataan Najib, kemungkinan besar MIC akan bertanding sekali lagi di kerusi parlimen tersebut. Dengan nada perlahan dan kecewa, Adnan sempat berseloroh, tetapi sinis: “Saya pun tidak berapa faham dengan (konsep) 1Malaysia ini. Rakyat didahulukan, pencapaiannya (di Hulu Selangor) kita tengoklah nanti.”
p/s: Siapa lagi yang nak mengaku tak faham konsep 1malaysia, yang diwar-war kan dan dijaja seluruh negara oleh pak jib,, hahaha,, kelakar kan bunyiknya.. mungkin, smua ahli UmnO dan sekutunya tak faham ape yang nak dibawa pak jib, tetapi,, ambil hati beliau je kot.. aahahhaha,, usahkan nak bagi penerangan pada rakyat, pada ketua-ketua bahagian pun masih jauh lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan