“Calon kami akan berenang ataupun tenggelam bersama penduduk Hulu Selangor, sedangkan Zahid, jika menang akan pulang ke rumahnya dan mungkin tidak akan kembali,” katanya lagi dengan nada sinis.
p/s: PKR berenang,, Bee eNd menyelam tak timbul-timbul,, hahah
muhyidin : Calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini adalah anak tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya senarai calon sudah hampir disenarai pendek tetapi beliau enggan mengulas mengenai bilangan calon BN itu.
"Kita ada beribu tokoh di Hulu Selangor, hampir-hampir nak shortlist. Dalam tempoh tiga hari lagi akan tahulah... (calon) dari Hulu Selangor. Insya-Allah daripada orang tempatanlah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran permulaan prasekolah swasta Kementerian Pelajaran di Bandar Sungai Buaya di Rawang baru-baru ini...
Ini kerana, beliau dengan tegas sebelum ini berkata, akan menamakan anak tempatan sebagai calon BN di Hulu Selangor.
Muhyidin membuat janji ini Isnin lalu ketika bercakap kepada penduduk Sungai Buaya, Hulu Selangor dan disiarkan kemudiannya oleh media Umno sendiri.
Tetapi, hari ini beliau mengumumkan seorang penduduk Rawang dari bahagian Selayang, Selangor iaitu P Kamalanathan sebagai calon BN di Hulu Selangor.
tetapi...
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan ( bukan Anak temapatan) menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.
Pemilihan Kamalanathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Kelibat timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan.
Bagaimanapun , seorang lagi calon yang disokong oleh BN tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin MIC, iaitu timbalan ketua pemudanya, V Mugilan hadir dan beliau dilihat sebagai anatara pemimpin parti itu yang bersalaman dengan Kamalanathan sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.
Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.
Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.
Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.
Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.
Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan