jom tengok artical nih.,..
Keputusan BN mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih P. Kamalanathan sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dianggap sebagai bukan mewakili harapan para pengundi tempatan.
Seorang pemimpin Umno bertaraf menteri semalam memberitahu Harakahdaily bahawa pengundi umumnya mahu calon Melayu mewakili BN.
Beliau yang enggan namanya diketahui berkata, sepatutnya kepemimpinan Umno negeri tidak perlu berjanji bahawa Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai calon BN dalam pilihan raya kali ini.
Ini kerana, menurut beliau, jentera Umno tempatan khususnya di Hulu Bernam telah berkempen habis-habisan anti calon India sejak kematian Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad lagi.
Menurut seorang ibu tua berbangsa Melayu di Hulu Bernam, semalam, menceritakan bahawa Muhammad pernah memberikan sepasang gusi palsu kepadanya sedekad yang lalu.
Ibu tua itu turut menyuarakan rasa sedih kerana beliau tidak boleh bersama-sama jentera Umno menggantung kain rentang bekas Menteri Besar Selangor itu yang telah dicetak sehari sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman.
Mungkin disebabkan inisiatif-inisiatif tersebut, menurut beliau, beberapa pemimpin bahagian MIC mengugut kepemimpinan BN untuk membubarkan cawangan masing-masing.
Ternyata, selepas Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel tidak dimasyhurkan sebagai calon, empat daripada 17 cawangan telahpun dibubarkan.
Melihat kegentingan itu, menurut beliau, beberapa pemimpin Umno kanan dengan ditemani Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sendiri pergi menawarkan jawatan Palanivel jawatan Senator kelak, demi meredakan kemarahan pasukan Palanivel.
Tuntas dari itu, katanya, kalau calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menang sekalipun, kemenangan itu mungkin disebabkan oleh beberapa konflik kepentingan di kalangan Umno/BN sendiri.
p/s: andai seseorang itu berani sekali berbohong! nescaya berbohong itu sudah menjadi darah dagingnya... pilihlah pemimpin yang jujur dan ikhlas...
2 ulasan:
Parti Perkauman sudah semakin tidak mendapat sokongan di dunia,termasuklah UMNO dan MIC
yups.,. islam agama yang adil dan saksama,, islam itu mencukupi segala aspek dunia dan akhirat.,. allahuakbar!!
Catat Ulasan