Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, gerakan besar-besaran termasuk menghantar surat panggilan ke mahkamah kepada 66,000 peminjam tegar di seluruh negara melibatkan 30 peminjam di setiap Parlimen. :
“Kita perlu mengambil tindakan tegas bermula sekarang bagi membolehkan usahawan lain mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan mereka kerana kebanyakan mereka yang dikesan tidak membayar balik pinjaman mempunyai persepsi yang salah dengan menyatakan duit yang dipinjam tidak perlu dibayar balik.
“Mereka yang mempunyai pemikiran duit yang dipinjam adalah duit kerajaan walaupun ada di antara perniagaan yang dijalankan menunjukkan kemajuan ,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di sini.
Dalam lawatan itu juga, Tekun Nasional menyumbangkan RM10,000 untuk majlis malam amal anjuran Yayasan Nur Karangkraf yang akan berlangsung pada 23 Mei depan.
Abdul Rahim berkata, sepanjang tahun 2009 sahaja, Tekun Nasional menerima 500 juta permohonan, dan jika peminjam yang ada sekarang tidak melunaskan bayaran balik pinjaman, pasti akan menjejaskan pemohon baru.
“Kita pernah menuntut bayaran balik daripada peminjam sebelum ini tetapi Tekun dicabar supaya menunjukkan surat panggilan mahkamah, dan pada tahun ini Tekun akan bertindak tegas bagi memberi ruang dan peluang kepada orang lain.
“Kajian akan dilakukan untuk melihat kawasan yang paling ramai peminjam yang tegar dan maklumat mengenai peminjam tegar berkenaan akan dipaparkan di pejabat-pejabat Tekun di kawasan berkenaan untuk makluman,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini Pulau Pinang dikesan mempunyai jumlah peminjam tegar yang gagal membayar balik pinjaman berbanding negeri Kelantan yang mempunyai rekod bersih dalam melunaskan bayaran balik pinjaman.
Sehubungan itu, Tekun akan perkenalkan program Tabung Bayar Hutang bagi peminjam yang mempunyai pendapatan perniagaan secara harian.
“Sudah tiba masanya peminjam Tekun diajar cara menabung bagi membolehkan mereka membayar balik pinjaman selepas ini.
“Selain itu, dengan program yang dilaksanakan, bakal mengubah persepsi salah peminjam untuk membayar balik pinjaman yang tertunggak,” katanya.
4 ulasan:
persoalan untuk penulis blog ini..katakan kau ka mak kau ka atau bapak kau bg pinjam duit ko nk dok diam ka bla orng yg pinjam 2 xmau byr???
kedua..
Adakah kau salah seorang peminjam yang pinjam duit orang xrti nk byr???
Jika ya maknanya kau ni memang pemurah dan aku nak pinjam juga la dari kau..nti aku byr la skit2 jnji byr dari kau yg xrti dan xska orang byr htng kau..
hehhee,, mai sini, ambe bagi pinjam, memang jenis ambe nih, bagi pinjam, xsuke mintak balik, ada rezeki, ade lah, xde pun xpe, akhirat kita senang,
no 1 tadi tue,, pinjam ngan bapak atau mak, sendiri kena faham, duit mak atau bapak, adlah tanggujawab mreka, kenapa,,, mak bapak ko mintak balik apa yang dia kasi?
p/s: mungkin sedara tak faham.. bila wang rakyat dibazirkan, di buang dan dibakar mcm tu, rakyat yang bodoh shj tengok dan gelak!! hahahaha,,
Salam,
Biarlah Tekun "take actions" apa yang patut, kerana majoriti peminjam Tekun adalah ahli umno sendiri.
Tak percaya...??? cuba pantau prosedur pinjaman tekun...
ha ah,, btul jagak tue,, bukan mudah untuk dapat pinjaman tekun, mesti anak-anak UMNO, dan mendpat kelulusan JKKK dan ADUN atau Ahli Parlimen BN,, ten kiu maklumat nih,,
p/s: mybe org UMNO memang perangai mcm tue,, hehehe
Catat Ulasan