anatara berita yang menarik,,,,
Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.
Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.
Antaranya, hany
“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.
Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.
Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.
Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.
Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.
Noh Omar jug
Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.
Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.
Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.
Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.
"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.
"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya.
Ketika dihubungi, Mohd Zin yang juga ahli parlimen Sepang berkata dia tidak menyedari berlaku tindakan meninggalkan konvensyen itu kerana Song tidak bercakap dengannya.
Beliau juga mempertahankan lagu Umno dinyanyikan pada sessi sebelah pagi dengan alasan kerana jawatankuasa majlis itu diketuai oleh Umno.
Mohd Zin meminta pihak media supaya tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai isu dan mengingatkan bahawa hanya lagu BN dimainkan pada sessi petang.
“Bagaimanapun jika saya membuat silap, saya sanggup memohon maaf,” katanya.
p/S: bukankah, 1malaysia itu, 1 (melayu) yang menguasai semua bangsa, ia tidak seperti ISLAM yang Adil dan SAksama smua makhluk Allah taala... konsep 1malaysia itu silap! ternyata ia sebuah selogan diktaktor!!
2 ulasan:
salam..
kempan jauhi perkasa dan pulaukan perkasa,jangan di beri ruang publisiti.hapuskan perkasa.
perkasa ada ciri2 keganasan dan berpotensi mendatangkan huru-haru lepas pru13 nanti..
perkasa ada ciri untuk merampas kuasa bersama apco selepas pru13 kalau bn kalah..
semua pemimpin bn takut anuar jadi PM sebab takut kena penjara dan mati dalam keadaan hina.digunakan perkasa untuk tujuan mempertahankan diri.jadi perkasa akan digunakan bersama pengalaman apco untuk merusuh dimalaysia jika bn kalah pru 13..
moga Allah jauhkan bencana dari perkasa ini..
perkasa? mcm mna smua ni akan terjadi.. ? bleh terang kan?
Catat Ulasan